Thursday, March 1, 2012

MALAYSIA BEST FILEM "BUNOHAN"Thursday Trailer: Filem “Bunohan” Angkat Martabat Industri Perfileman


Thursday Trailer: Filem “Bunohan” Angkat Martabat Industri Perfileman

<div class="fb-like" data-href="http://www.mykopiee.blogspot.com" data-send="true" data-width="450" data-show-faces="true" data-font="arial"></div>

Kalau anda rasa promosi filem ini melampau-lampau, jangan fikir bahwa ianya hanya indah khabar dari rupa. Percayalah cakap kami, jika anda seorang yang berjiwa seni dan berfikiran kreatif, maka “Bunohan” adalah sebuah filem yang sesuai ditonton.
Diarahkan oleh pengarah sama dari filem “Dukun”, Dain Said, filem ini memberikan kepuasan dari segi koreografi dan sinematografi yang OHBULAN! rasa mantap dan melekakan.
Filem ini mengisahkan tentang darah, kemelut keluarga, ilmu mistik, dan kepercayaan. Dibarisi oleh pelakon-pelakon yang popular dan mantap iaitu Zahiril Adzim, Faizal Hussein, Bront Palarae, Namron, Pekin Ibrahim, Shoffi Jikan dan juga Tengku Azura, mereka semua telah membawakan watak dengan begitu baik sekali dan jika dilihat, penghayatan yang mereka berikan seakan-akan watak didalam filem “Bunohan” adalah diri mereka yang sebenar.
Tidak hairanlah jika filem “Bunohan” mendapat sambutan yang tinggi diluar negara. Setakat ini, “Bunohan” telah mengadakan tayangan perdana mereka di Festival Filem Antarabangsa Toronto pada September 2011 dan juga telah dipilih oleh Universal Pictures untuk diedarkan di beberapa negara termasuk United Kingdom, Perancis, Jerman, Australia dan New Zealand.
Kalau anda suruh kami pilih filem mana yang terbaik untuk ditonton selepas KL Gangster dan Ombak Rindu, maka “Bunohan” adalah filem yang paling sesuai sekali. Antara komen yang diberikan selepas filem ini ditonton ialah,
Bunohan akan ke pawagam pada 8 Mac ini dan jangan lupa untuk beritahu rakan anda ya! Mari tonton trailer filem “Bunohan” selepas ini.

Total Pageviews