Sunday, August 21, 2011

mykopiee boy: elyana.mp4

mykopiee boy: elyana.mp4

elyana.mp4



Wednesday, August 17, 2011

mykopiee boy: Eksklusif : Perkahwinan Nabil & Zira Berkonsepkan ...

mykopiee boy: Eksklusif : Perkahwinan Nabil & Zira Berkonsepkan ...: Eksklusif : Perkahwinan Nabil & Zira Berkonsepkan Wonderland. Dikemaskini oleh M pada August 16th, 2011 Celebriti & E-News 54 Respon ...

Eksklusif : Perkahwinan Nabil & Zira Berkonsepkan Wonderland.


Jelas terpancar gembira di wajah kedua-dua bakal pengantin, Nabil Raja Lawak, 28 & Nazira Ayub, 23 ketika menceritakan kepada OHBULAN! mengenai persiapan perkahwinan mereka di kedai Kad Lestari, Seksyen 2, Shah Alam, tengah hari tadi. Mengikut perancangan, Nabil & Zira akan diijabkabulkan pada 30 September 2011 di Masjid Wilayah, manakala majlis resepsi akan dijalankan pada 2 Oktober 2011 bertempat di bandar I-City, Shah Alam.
Nabil & Zira mempunyai impian tersendiri. Mereka menginginkan perkahwinan berkonsepkan kartun wonderland yang menjuruskan kepada keseronokan & ceria bersama para jemputan yang dianggarkan berjumlah 1500 orang. Pada masa yang sama, Nabil sempat berkongsikan perasaannya yang akan bergelar seorang suami dalam masa 6 minggu lagi kepada OHBULAN!
“Saya tak sabar nak tunggu hari perkahwinan. Rasanya, sudah sampai masa untuk saya dirikan rumah tangga, lagi pun saya sudah berumur 28 tahun. Tambahan lagi, ada pihak seperti Festival Pengantin yang ingin merealisasikan impian saya. Memang bersyukur sangat,” kata Nabil dalam nada gembira.
Nabil turut menceritakan saat perkenalannya bersama gadis cantik ini yang pernah bekerja sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan swasta.
“Pertama kali saya berjumpa dia sekitar 6 tahun lepas melalui kawan baik sendiri. Pendek kata, kawan baik saya tu merupakan abang ipar kepada Zira. Masa tu, dia baru habis SPM, manakala saya masih bekerja sebagai despatch. Ketika itu, dalam hati saya terdetik, “eh cantik gak budak ni”. Masa tu, jumpa gitu-gitu je.
“Kemudian, kami kebetulan bertemu semula pada awal 2011 ketika menghadiri kenduri arwah. Kami bertegur sapa & borak-borak. Mungkin sudah jodoh, tau-tau nak kahwin dah,” jelas Nabil ketawa menceritakan saat perkenalannya bersama gadis impian.
Perkahwinan Nabil & Zira juga dirancang dalam suasana penuh keserdahanaan dengan kos anggaran RM150 000.
“Saya suka dengan konsep Wonderland kerana suka tengok kartun. Pada saya, biarlah perkahwinan ini dibuat untuk orang yang datang rasa happy & ceria. Saya suka tengok suasana happy, tengok orang tersenyum & enjoy,” kata Nabil mengenai perkahwinan impiannya.
“Jujur kata, saya tak ke arah perkahwinan mewah. Biarlah perkahwinan saya diadakan dalam keadaan serdahana, asalkan orang ramai dapat mendoakan keberkatan perkahwinan kami. Niat saya tak nak membazir, atau nak gah depan orang ramai dengan pakaian bernilai jutaan ringgit.
“Kalau boleh, biarlah para jemputan datang ke majlis saya kerana nak raikan perkahwinan kami. Bukannya nak tengok baju, nak tengok kasut. Perkahwinan kami dirancang mengikut kemampuan saya, andai kata ada yang terlebih, itu datangnya daripada pertolongan ramai pihak seperti Festival Pengantin. Saya percaya, perkahwinan yang berpanjangan datangnya daripada keberkatan doa orang ramai,” jelas Nabil dengan nada rendah diri.
Nabil turut menyatakan bahawa dia akan menjemput Irma Hasmie, bekas kekasih ke majlis perkahwinannya nanti.
“Saya memang akan menjemput dia. Lagi pun hubungannya bersama mak saya memang baik. Baru-baru ini pun, saya & dia berlakon untuk drama berjudul Kuih Goyang Syafiq. Apa yang terjadi antara saya & dia merupakan perkara lama. Kami memang sudah berbaik-baik. Jujur kata, hubungan kami dahulu banyak mengajar saya untuk lebih menghargai pasangan sendiri,” kata Nabil mengakhiri temubual bersama OHBU

mykopiee boy: Gambar : Nabil Raja Lawak Bersama Bakal Isteri, Na...

mykopiee boy: Gambar : Nabil Raja Lawak Bersama Bakal Isteri, Na...: Gambar : Nabil Raja Lawak Bersama Bakal Isteri, Nazirah Ayub. Romantiknya! Dikemaskini oleh M pada August 16th, 2011 Celebriti & E-New...

Gambar : Nabil Raja Lawak Bersama Bakal Isteri, Nazirah Ayub. Romantiknya!



Ah, romantiknya gelagat Nabil & Nazirah Ayub ketika sesi photoshoot untuk persiapan kad kahwin mereka yang disediakan oleh Kad Lestari dengan kerjasama Festival Pengantin. Nabil masih mengekalkan gelagat lawak spontannya, tak kering gusi kami dibuatnya. Anda boleh mengetahui cerita lanjut mengenai perkahwinan mereka di entri Eksklusif : Perkahwinan Nabil & Zira Berkonsepkan Wonderland.
Menurut Nabil, dia merancang untuk membawa Nazirah bersama ahli keluarganya berbulan madu di Mekah untuk menunaikan umrah sebagai tanda kesyukuran kerana mempertemukan jodohnya.
Enjoice gambar photoshoot Nabil & Zira yang berlangsung tengah hari tadi di Seksyen 2, Shah Alam, selepas ini.

mykopiee boy: Fatwa sesat Nik Aziz: Berceramah terjerit-jerit, N...

mykopiee boy: Fatwa sesat Nik Aziz: Berceramah terjerit-jerit, N...: Fatwa sesat Nik Aziz: Berceramah terjerit-jerit, Ngaji senyap-senyap Kalau dah nama pun khawarij, apa saja akan digunakan untuk menghalalka...

mykopiee boy: Fatwa sesat Nik Aziz: Berceramah terjerit-jerit, N...

mykopiee boy: Fatwa sesat Nik Aziz: Berceramah terjerit-jerit, N...: Fatwa sesat Nik Aziz: Berceramah terjerit-jerit, Ngaji senyap-senyap Kalau dah nama pun khawarij, apa saja akan digunakan untuk menghalalka...

Fatwa sesat Nik Aziz: Berceramah terjerit-jerit, Ngaji senyap-senyap?


Fatwa sesat Nik Aziz: Berceramah terjerit-jerit, Ngaji senyap-senyap

Kalau dah nama pun khawarij, apa saja akan digunakan untuk menghalalkan cara.
Jika benar bagai dikata tidak boleh membaca quran menggunakan speaker, tak apalah kita terima. Apa hal pula dengan mengadakan ceramah politik PAS di dalam masjid terjerit-jerit menghentam kerajaan diselang seli dengan maki hamun.

Semua orang tahu bila tazkirah politik dari kaum puak khawarij ni bermula mesti cukup kuat, bising dan sengaja meninggikan suara. Sampai pecah speaker berasap amplifier dikerjakan oleh puak tu.

Pok nik,
mu ni cakap jangan la double standart, ceramah mu yang hina nabi apahal pulak? Boleh ka? Ceramah politik kaum puak mu dalam masjid boleh pulak? DAP masuk masjid pun boleh pulak?


KOTA BHARU -- Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju amalan bacaan al-Quran dibuat menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu mesyarakat sekitarnya.

Mursyidul Am PAS itu berkata perbuatan itu tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat setempat sehingga boleh menyusahkan mereka dan seseorang Islam harus menghormati masyarakat sekeliling dengan tidak membuat bising, walaupun dengan membaca al-Quran menggunakan pembesar suara.

Sehubungan itu, beliau menyokong tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang melarang bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu Subuh

Kenapa JK Fatwa Penang tunduk kepada anti-azan evangelis DAP?


MINIT MESYUARAT BERKAITAN

  • DR WAN SALIM BEKAS PENSYARAH ILMU KEMANUSIAAN USM , MERUPAKAN SEORANG YANG PRO ANWAR DAN PKR
  • TUAN HAJI ROSLI BIN OTHMAN ( UNIT DAKWAH JABATAN PELAJARAN PULAU PINANG. SUMBER TERDEKAT DI JPN DAN SEKOLAH MENYATAKAN BELIAU SEORANG YANG KUAT MENGKRITIK KERAJAAN DI BELAKANG TABIR)

BAGAIMANA AHLI MAJLIS FATWA TERDIRI DARIPADA SESEORANG YANG ADA KEPENTINGAN DALAM FAHAMAN POLITIK SESUATU PARTI?)


HANYA SATU HADIS SAHAJA DIJADIKAN RUJUKAN UNTUK DIBUAT FATWA?



Baca sepenunya di blog Badar Suci

Cadang baca juga ISUNYA PEMBESAR SUARA: MENGAPA CERAMAH/KULIAH MAGHRIB TIDAK DILARANG? di Badar Suci juga di sini

Total Pageviews