Wednesday, March 14, 2012

“Saya Terharu Dengan Sokongan Para Peminat” – Aiman Hakim Ridza, Aktor Vanilla Coklat


“Pertama sekali, saya mahu ucapkan terima kasih kerana ramai yang datang menyokong dan saya terharu dengan sokongan peminat yang datang memeriahkan sesi tayangan episod akhir Vanilla Coklat malam ini,” ujar pelakon utama Vanilla Coklat ini di Rasta, TTDI semalam.
Suasana di Rasta, Taman Tun Dr. Ismail semalam benar-benar meriah dengan kehadiran lebih 300 orang peminat yang memeriahkan sesi tayangan episod akhir Vanilla Coklat. Semalam juga menyaksikan kehadiran kesemua pelakon-pelakon barisan utama Vanilla Coklat. Suasana hujan tidak menyekat semangat para peminat untuk menyaksikan episod akhir bersama selebriti kegemaran mereka iaitu Izara Aisyah dan Aiman Hakim Ridza.
Buat Aiman yang masih baru dalam industri hiburan, drama Vanilla Coklat benar-benar menaikkan namanya sebagai seorang pelakon yang pernah menyertai rancangan realiti Mentor.
“Ini adalah kali kelima saya berlakon dalam drama. Walaupun kini saya sudah berlakon, namun saya tidak menukar tujuan asal saya. Saya masih tak lupakan bidang nyanyian, buat masa sekarang Aiman sedang buat lagu untuk lagu teman sebuah drama,” jelas Aiman.
Lagu nyanyian Aiman berjudul “Bicara Hati” akan dimuatkan dalam sebuah drama yang masih belum diumumkan lagi tajuknya dan lagu ini dicipta khas oleh Adi 6ixth Sense.
Ditanya jika dia perasan dengan gaya lakonannya yang sedikit kekok, Aiman mengiyakan dan berkata dia masih lagi mengasah gaya lakonan serta merujuk pada pelakon dan juga kru-kru produksi.
“Saya masih kekok dan improve satu demi satu. Kalau dulu, lagi banyak kelemahan. Namun dalam drama ini, Aiman sudah nampak kelemahan Aiman. Yang terbaru, Aiman sudah daftar kelas lakonan untuk memantapkan lagi skill lakonan,” ujar Aiman lagi.
Apa yang pasti, para peminat-peminat wanita yang menghadiri sesi tayangan episod akhir Vanilla Coklat di Rasta semalam boleh dikatakan obses dan mereka terjerit-jerit saat ketibaan Aiman Hakim Ridza di lokasi. Huish, naik bulu roma iols.

Total Pageviews