Saturday, March 17, 2012

Propaganza Papar Video Bulan Madu Lisa, Yusry KRU


Propaganza Papar Video Bulan Madu Lisa, Yusry KRU

Propaganza Papar Video Bulan Madu Lisa, Yusry KRU

Teks oleh: Haswari Ali
KUALA LUMPUR, 16 MAC 2012: Menghangatkan lagi episod pertama program hiburan dan gosip terbaru Propaganza yang akan bersiaran pada 18 Mac ini (Ahad)di Astro Ria (saluran 104) krew rancangan berkenaan bakal mempersembahkan hidangan eksklusif lagi panas buat penggemar industri hiburan tanah air.
Peminat pasangan bahagia Yusry KRU dan Lisa Surihani pastinya tidak mahu ketinggalan untuk menyaksikan rakaman video eksklusif merpati dua sejoli berkenaan ketika berbulan madu di Switzerland baru-baru ini.
Yusry KRU dan Lisa Surihani telah berbesar hati berkongsi secebis kebahagiaan mereka di negara beriklim sejuk berkenaan untuk menjadi tatapan peminatnya dan khususnya penonton Propaganza.
Episod pertama yang pastinya hangat dan menyengat itu tidak ketinggalan telah mendapatkan kenyataan panas daripada penjaga gol pasukan bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex sebaik saja dia tiba di lapangan terbang pagi tadi.
Menerusi segmen Mulut Murai, Agen Murai- Ajieb telah menemubual Apex dan bertanyakan beberapa isu sensasi termasuk dalang di sebalik segala berita kontroversi berkaitan dengan dirinya dan tindakan hero Malaya itu memilih untuk bersikap anti sosial.
Apex juga telah memberi kenyataan berkenaan dakwaan bahawa dia pernah diajak ke ranjang oleh peminat. Adakah dakwaan itu benar atau tidak? Adakah orang yang dimaksudkan itu Apex? Semuanya terjawab di dalam Propaganza.
Segmen Stailista pula bakal menampilkan Detektif Stailista-Ayie Ali yang akan menganalisa fesyen gaun pengantin tiga selebriti popular iaitu Ezlynn, Ana Raffali dan Lisa Surihani. Adakah gaun pengantin mereka Stailista atau Opss...?
Jadi jangan lupa janji temu anda bersama Propaganza pada Ahad ini, jam 12 tengah hari di Astro Ria (saluran 104).

Total Pageviews