Monday, March 5, 2012

Cinta Adira, Izham Kembali Bertaut?


Cinta Adira, Izham Kembali Bertaut?

Cinta Adira, Izham Kembali Bertaut?
Dua daripada jejaka itu adalah bintang AF8 iaitu Shahir Zawawi dan Iwan manakala seorang lagi merupakan penjaga gol pasukan Harimau Muda iaitu Izham Tarmizi.KL, 16 FEB 2012: Sebaik saja Adira meraih gelaran naib johan Akademi Fantasia 8 (AF8), pelantun lagu Ku Ada Kamu ini terus dikatakan bermain cinta dengan tiga jejaka tampan.
Dalam pada Murai Batu mencari jawapan akan teka-teki siapakah antara tiga lelaki yang telah berjaya menawan hati Adira, penyanyi lagu Awan Nano, Hafiz Suip telah berjaya menutup kes percintaan Adira dengan tiga lelaki ini dengan mengakui bahawa dia dan Adira adalah pasangan kekasih.
Namun, segalanya hanya sementara saja kerana Murai Batu pernah mendengar sendiri pengakuan dari Hafiz dan Adira yang menyatakan mereka bukan lagi pasangan bercinta.
Sungguhpun ada suara peminat kedua figura tersebut sedih mendengar berita perpisahan pasangan penyanyi lagu Ombak Rindu ini, ada segelintir pihak nyata tersenyum lebar kerana masih lagi mahu Adira ini menjadi pasangan buah hati kepada tiga jejaka sebelum ini.
Paling tidak pun, ada yang mahu Adira kembali dengan Shahir yang kini masih lagi diburu sama ada dia benar-benar menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Rozita Che Wan.
Bagaimanapun, belum pun Murai Batu sempat bertanya kepada Adira benarkah dia sudah kembali bersama Shahir, ada suara berbisik di telinga Murai Batu dengan mendakwa penyanyi ini ada keluar makan malam bersama dengan Izham. Candle Light dinner katanya.
Malah, sumber berkenaan memberitahu, Adira memang sedang kembali bercinta dengan penjaga gol berkenaan sehingga hubungan mereka sudah pun sampai ke peringkat yang lebih tinggi dari sebelum ini.
Murai Batu difahamkan, ketika ini, Adira sedang dalam proses untuk memperkenalkan Izham dengan ibunya dengan mengakui bahawa Izham adalah pengganti Hafiz.
Betulkah begitu?
Apa kes pun, nampaknya sekali lagi Murai Batu perlu terbang hinggap di padang bola Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menyelidiki kesahihan cerita ini.
Mungkin jua selepas ini, Izham kenalah berbaik-baik dengan Keroz Nazri kerana jejaka ini dikatakan sangat intim dengan kakak Adira iaitu Ema Suhaimi.
Siapa tahu, mungkin Izham dan Keroz akan menjadi biras dalam keluarga Pak Suhaimi.

Total Pageviews