Thursday, March 15, 2012

Heykal Hanifah Tegur Media Di Twitter, Gossip Rumahtangga Jadi Babak Jidin Sengal


Heykal Hanifah Tegur Media Di Twitter, Gossip Rumahtangga Jadi Babak Jidin Sengal



Ketika pratonton bersama media untuk filem Jidin Sengal, terkejut juga kami apabila ada satu babak dalam filem tersebut yang boleh membawa isu besar.
Babak tersebut muncul di’babak babak akhir filem apabila watak yang di’bawa Faezah Elai, seorang pelakon bernama Ella Sunti kantoi sudah berkahwin dengan salah seorang krew penggambaran.
Satu petikan akhbar telah di’papar berbunyi ‘Ella Sunti Merampas Suami Orang’ & itu menyebabkan ada wartawan bertanya sama ada Faezah Elaitahu akan perkara itu.
Faezah Elai menjawab soalan para media dalam keadaan terkejut dek kerana beliau sendiri tidak tahu yang babak itu wujud dalam filem Jidin Sengal yang merupakan arahan pertama Esmi Zahara Yusof. 
Tidak cukup dengan itu, suami beliau Heykal Hanifah menegur para wartawan yang bertanyakan hal rumahtangga beliau di majlis pratonton filem tersebut melalui akaun Twitter beliau.
Rasanya wartawan yang hadir sekadar bertanya & soalan itu pun masih berada dalam konteks filem itu sendiri cuma secara kebetulan ia’nya berkait dengan satu gossip yang pernah melanda mereka berdua. Heh.

Total Pageviews