Thursday, March 8, 2012

Gossip: Pemain Bolasepak Malaysia Bakal Berlakon Filem?



Nampaknya , status pemain bolasepak negara sudah bertukar. Kalau dulu mereka hanyalah pemain bolasepak, namun kini pemain bolasepak negara sudah hampir setaraf dengan pemain bola luar negara kerana sudah boleh digelar selebriti.
Antara pemain Malaysia yang sudah terkenal termasuklah Safee Sali dan juga Khairul Fahmi atau mesra dipanggil Apek yang selalu dihimpit dengan gosip-gosip panas bersama wanita lain.
Khabar angin yang baru saja OHBULAN! terima semalam mengatakan bahawa sebuah produksi filem baru telah mengikat kontrak bersama pemain bola Malaysia. Pemain-pemain bolasepak ini dipercayai akan turut berganding bersama beberapa orang pelakon popular untuk menjayakan sebuah filem yang OHBULAN! sendiri belum pasti apa tajuknya.
Jika khabar angin ini benar, OHBULAN memang sudah tidak sabar hendak melihat bakat pemain bolasepak negara dalam bidang lakonan pula. Tidak salah bukan jika kami katakan yang kemungkinan Aidil Zafuan atau Zaquan Adha akan berlakon? Kerana kedua-dua kembar yang kacak ini masing-masing beristerikan selebriti.
Kita nantikan sahaja berita terbaru selepas ini, anda rasa siapakah mereka?

Total Pageviews