Tuesday, March 13, 2012

Sahkan Bakal Bertunang, Irma Hasmie Akhiri Zaman Bujang Tahun Ini!


    Akhirnya Irma Hasmie telah mengesahkan yang dia akan bertunang tahun ini dan kemungkinan besar pada 27 Mac ini di Sungai Buloh.
    Menurut sebuah akhbar online tempatan, Irma masih belum mendedahkan identiti bakal tunangnya dan dia hanya akan memberitahu pada umum pada majlis pertunangannya nanti. Irma juga tidak mendedahkan apa-apa maklumat mengenai majlis pertunangannya.
    Dalam laporan OHBULAN! sebelum ini, Irma Hasmie dan bakal tunangnya telah berkenalan ketika mereka  berada di Tanah Suci Mekah sempena mengerjakan ibadah umrah, Ramadhan tahun lalu. Irma Hasmie juga sebelum ini pernah bercinta dengan Nabil Raja Lawak dan Farid Kamil, namun kedua-duanya putus ditengah jalan.
    Mungkin kali ini Irma telah bertemu dengan calon yang sesuai, maklumlah, berjumpa di Tanah Suci, mungkin banyak hikmahnya.

    Total Pageviews