Latiff Ibrahim Meninggal Dunia
Pada 18 Disember 2011 yang lalu, Latiff Ibrahim telah di’kejarkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN) pada akibat serangan sakit jantung.
Perkhabaran terakhir yang kami terima adalah Latiff Ibrahim terus bernafas atas bantuan talian hayat (life support) dan keluarga beliau sejak beberapa minggu lalu ada menyuarakan hasrat menamatkan penderitaan artis veteran ini.
UPDATE-1: Allahyarham Latiff Ibrahim meninggalkan kita semua pada jam 6 petang tadi & jenazah akan di’bawa AU3 Keramat jam 8 malam ini dari Institut Jantung Negara (IJN). Al-fatihah.
Penyanyi yang juga pelakon ini kali terakhir muncul bersama filem 4 Madu di sekitar tahun 2010 & berusia 62 tahun ketika menghembuskan nafas terakhir beliau. Sebarang perkembangan akan kami bawakan secepat mungkin kepada anda. Takziah buat keluarga Latiff Ibrahim. Al-fatihah.