Friday, February 10, 2012

Apa Yang Aliff Aziz Buat Pada Zarina Anjoulie?


Tiada petir dan ribut, tiba-tiba aktres kontroversi Zarina Anjoulie menyuarakan rasa kemarahannya terhadap penyanyi, Aliff Aziz atas sebab yang tidak diketahui. Zarina menyebut bahawa Aliff Aziz telah kantol menipu dan meminta agar penyanyi berwarganegara Singapura itu meminta maaf daripadanya secara peribadi. Zarina turut menyebut bahawa dia tidak teragak-agak untuk membongkarkan kejadian yang berlaku pada ‘malam tertentu’ kepada pihak media, sekiranya Aliff Aziz tidak memberikan sebarang respon. Situasi tegang itu sekaligus menimbulkan pelbagai spekulasi dan tanggapan liar orang ramai terhadap mereka berdua.
Sebentar tadi, 2 keping foto mesra Aliff Aziz & Zarina Anjoulie telah disebar bagi memberikan sedikit gambaran terhadap kontroversi yang dicipta. Berpelukan separa mesra, sekaligus membuatkan ramai orang percaya bahawa mereka berdua mempunyai hubungan istimewa. Bagaimanapun, foto tersebut boleh diibaratkan picisan kalau dibandingkan dengan foto bogel Zarina Anjoulie yang tersebar di ruangan internet, beberapa tahun dulu.
Aliff Aziz pernah mencipta kontroversi apabila foto dia berciuman dengan seorang wanita tersebar di ruangan sosial. Jadi, tidak mustahil andai kata ada pihak mendakwa bahawa Aliff Aziz bijak menggunakan kata-kata manisnya bagi menambat hati mana-mana wanita yang dirasa boleh ‘dimakan’.
Baguslah, buku bertemu ruas. Baru ngam!

Total Pageviews