Tuesday, February 7, 2012

Miera Liyana Akui Hatinya Telah Terluka


Miera Liyana Akui Hatinya Telah Terluka

addthis kongsi icon
Miera Liyana Akui Hatinya Telah Terluka

"Bagi saya dalam sesebuah hubungan, kejujuran itu penting dan sekiranya kejujuran itu telah dikhianati, tidak ke mana cinta tersebut," katanya lagi.
KUALA LUMPUR, 3 FEBRUARI 2012: Enggan diperbodohkan, jelas pelakon muda, Miera Liyana, biarlah hubungannya dengan hero Azura 2012, Shahrizal Jaszle menjadi kenangan terindah dalam memori hidupnya.

Memilih untuk mengakhiri percintaan mereka, kata Miera Liyana, semua yang berlaku kerana wujudannya orang ketiga dalam hubungannya bersama Shahrizal Jaszle.

"Memang hubungan cinta kami telah berakhir disebabkan kehadiran orang ketiga. Segala keputusan dibuat berdasarkan bukti yang saya simpan dan bukan senang untuk dia memperbodohkan saya,"katanya kepada portal murai.com.my mengulas mengenai status percintaan mereka yang telah pun terlerai.

Menyambung perbualan, jelas Miera segalanya tidak akan berlaku sekiranya bertepuk sebelah tangan.

"Jika kesilapan yang dilakukan pertama kali bolehlah dianggap tidak sengaja, namun sekiranya berlaku berkali-kali itu namanya pilihannya sendiri.

Ditanya kepadanya benarkan bekas pembantu peribadi Shahrizal penyebab kepada kemelut tersebut, Miera bagaimanapun menafikannya.

"Saya lebih mengenali Shahz daripada pembantu peribadinya. Jadi tidak timbul saya dihasut dan sebagainya.
"Saya bukan jenis yang suka terburu-buru dan bertindak tidak tentu hala. Saya bertindak selepas ada bukti dan mempercayai sesebuah cerita itu berdasarkan bukti sendiri," jelasnya dalam nada yang kesal.

Mengakui masih menyimpan rasa sayang terhadap jejaka berkenaan, namun menurut Miera Liyana keputusan untuk membawa haluan sendiri adalah jalan yang terbaik bagi merawat luka di hati.

"Dalam perhubungan pastinya ada pergaduhan dan apabila gaduh pastinya kita perlu memperbaiki diri sendiri.
"Macam mana saya mahu berbaik, jika hati saya sendiri terluka dan saya perlu merawat hati saya terlebih dahulu sebelum memikirkan hati orang lain.

"Saya tidak menyalahkan dia. Mungkin kami sama-sama muda dan bagi saya masing-masing ada salahnya juga.
"Saya hanya mahu ruang untuk diri sendiri dan sekiranya dia adalah jodoh saya, saya tidak menolak andai ditakdirkan oleh Tuhan," katanya mengakhiri perbualan.

Total Pageviews