Wednesday, February 29, 2012

Erra Fazira Anggap Yusry Cukup Bersedia


Erra Fazira Anggap Yusry Cukup Bersedia

addthis kongsi icon
Erra Fazira Anggap Yusry Cukup Bersedia
Teks oleh Kheme Rosly
Khemerosly@yahoo.com
KUALA LUMPUR, 28 FEBRUARI 2012: Pernah hidup bersama Yusry Abdul Halim atau Yusry KRU pada suatu ketika dahulu, pelakon jelita Erra Fazira ternyata gembira apabila mengetahui bekas suaminya itu memilih untuk memperisterikan Lisa Surihani.
Meskipun haluan hidup mereka kini berbeza, namun Erra Fazira yang sudahpun berumah tangga dan memiliki seorang cahaya mata, masih tetap mendoakan kebahagiaan mereka berdua.
Malah ketika berlangsungnya majlis resepsi Yusry KRU dan Lisa Surihani pada 26 Februari lalu, Erra telah sempat merakam video ucapan penghargaan buat pasangan mempelai berkenaan sebagai melempiaskan tanda syukur dan gembira untuk tatapan tetamu yang hadir.
Dihubungi portal murai.com.my baru-baru ini, secara terbuka Erra telah menyatakan sendiri perasaannya dan menyampaikan pendapat peribadinya tentang perkahwinan berkenaan.
"Tahniah saya ucapkan kepada mereka berdua, semoga kekal berbahagia ke hingga anak cucu. Sehingga ke akhir hayat.
"Harapan saya, semoga pasangan bahagia Yusry dan Lisa selamat melayari bahtera perkahwinan.
"Saya melihat mereka sebagai pasangan yang sangat sepadan.
"Kepada Yusry, bagi saya dengan usianya sekarang boleh dikatakan dia sudah cukup matang untuk berkeluarga.
"Lisa walaupun masih muda, tapi saya dapat rasakan bahawa dia boleh menjadi orang di belakang Yusry yang akan sentiasa menyokongnya," kata Erra panjang lebar.
Sempat bertanyakan perkembangan terkini Erra yang ternyata sibuk dengan aktiviti seninya. Erra bagaimanapun tidak dapat menghadiri ke resepsi kedua mempelai popular berkenaan kerana terikat dengan jadual program Pilih Kasih yang jatuh pada hari yang sama.
"Daripada sekarang hingga April, saya akan sibuk dengan jadual bersama Pilih Kasih. Dalam masa yang sama, saya sedang dalam proses pembikinan muzik video bagi single terbaru yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
"Semuanya masih dalam proses rakaman dan tajuk juga belum dipilih lagi. Selain itu saya juga sedang menghabiskan beberapa telemovie bersama Astro," ujar Erra yang masih lagi bergelar Artis Eksklusif Astro.

Total Pageviews