Tuesday, February 21, 2012

Legasi Star Wars Lebih Wow! Dalam 3D


Legasi Star Wars Lebih Wow! Dalam 3D


Legasi Star Wars Lebih Wow! Dalam 3D

MEDIA GALERI

TAJUK: Star Wars Episode 1: The Phantom Menace In 3D
GENRE: Fiksyen Angkasa Lepas
PENGARAH: George Lucas
PELAKON: Liam Neeson, Ewan McGregor, Natalie Portman, Jake Lloyd, Ian McDiarmid
EDARAN: 20th Century Fox
Tayangan: Mulai 9 Februari 2012

Sekali Imbas

Salah satu francais terbesar dalam sejarah industri perfileman dibawakan kembali ke layar perak dalam bentuk 3D. Peminat fanatik legasi Star Wars akan dibawa melihat kembali aksi pertarungan galaksi yang penuh dengan kesan khas dalam bentuk yang lebih nyata, semuanya dengan bantuan teknologi 3D yang kini semakin menguasai industri filem antarabangsa.

Ulasan Penuh

Tagline untuk filem ini adalah antara yang paling penulis ingat dalam sejarah penulis menonton filem, 'Every generation has a legend. Every journey has a first step. Every saga has a beginning' begitulah antara kata-kata keramat yang menjadi nadi perangsang untuk seluruh peminat Star Wars.

Kali pertama The Phantom Menace ditayangkan adalah pada tahun 1999. Setelah 16 tahun berakhir The Return of Jedi pada tahun 1983, pengarah George Lucas mendapat ilham untuk merencanakan kembali perjalanan watak jahat utama siri Star Wars, Darth Vader tentang bagaimana perjalanan hidupnya sehingga terjebak ke 'dark side of the force'. Maka dari situ terbitlah tiga siri prekuel yang menjadi detik mula kepada legasi perang galaksi ini.

Kini selepas 13 tahun dari tayangan The Phantom Menace yang asal, filem ini kembali menemui penonton di layar perak dalam bentuk 3D. Menampilkan jalan cerita yang sama, tiada perbezaaan dalam filem ini kecuali segala kesan khas dapat dinikmati dengan lebih nyata.

Kesan khas yang paling menonjol ialah ketika perlumbaan podrace yang diadakan di Planet Tatooine, peperangan di Naboo serta babak akhir pertarungan di antara Qui-Gon Jinn dan Obi-Wan Kenobi menentang Darth Maul. Terasa seperti setiap tembakan laser dan hunusan dari lightsaber betul-betul berada di hadapan mata.

Terdapat juga sedikit tambahan kesan khas yang tidak ada pada filem versi asal, ditambah dalam filem ini untuk menjadi setiap satu babak kelihatan lebih dramatik.
Ini merupakan satu usaha dari pihak produksi untuk mengembalikan kegemilangan francais Star Wars dan untuk generasi baru mengenali apakah itu Star Wars yang menjadi kegilaan peminat-peminat senior.

Seperti yang diumumkan pada September 2010, setiap satu dari enam filem Star Wars akan ditayangkan kembali dalam bentuk 3D, bermula dengan The Phantom Menace pada 9 Februari 2012, diikuti Attack of The Clones (2013), Revenge of The Sith (2014), A New Hope (2015), The Empire Strikes Back (2016) dan terakhir Return of The Jedi (2017).

Sipnosis

Kisah legasi Star Wars bermula di sini, apabila Queen Amidala dari Planet Naboo menerima ancaman dari Trade Federation, dua orang kesatria Jedi telah dihantar untuk melindungi beliau.
Demi menjamin keselamatan pemerintah Planet Naboo yang masih muda itu, mereka terpaksa membawa Queen Amidala meninggalkan asalnya ke tempat yang lebih selamat.

Malangnya kapal yang mereka naiki menerima kerosakan teruk dan terpaksa mendarat di Planet Tatooine. Di sinilah Queen Amidala bertemu dengan bakal suaminya di masa hadapan, Anakin Skywalker yang pada ketika ini tiada siapa tahu bakal memainkan peranan ketika kejatuhan Republik di galaksi.

Anakin juga bertemu Obi-Wan Kenobi, lelaki yang akan melatihnya menjadi kesatrian terhebat Jedi yang juga akan memainkan peranan penting terhadap nasibnya di masa yang akan datang.

Total Pageviews