Apa pula perasaan Tiara apabila suaminya, Dato’ Seri Effendi Nawawi digosipkan mempunyai hubungan sulit dengan Maya Karin? Kalau orang lain, sudah tentu melenting. Tapi, Tiara maintain kool apabila memberikan jawapan ikhlas berbunyi, “Saya merasakan sayalah wanita paling bertuah kerana memilikinya yang saya anggap seorang suami yang terbaik. Saya rasa tak ada suami di dalam dunia ini yang mencintai isterinya sebaik suami saya.” Sumber Gua.com.my.
Menurut Tiara, dia tidak memerlukan sebarang gosip untuk terus mengekalkan namanya dalam industri serta jauh sekali memasang impian untuk merangkul trofi anugerah berdasarkan populariti. Sebagai orang veteran dalam industri hiburan, Tiara menyatakan yang dia sudah lali dengan gosip-gosip liar seperti ini.
Bukanlah perkara yang luar biasa pun, mana-mana artis cuba mengunakan pelbagai taktik & teknik untuk mengekalkan nama mereka di mata peminat. Tanpa populariti, maknanya bayaran yang diterima pun sekadar cukup-cukup makan.
Satu cerita yang baru kami terima semalam, mengenai seorang pelakon yang mengegarkan dunia hiburan dengan aksi tepi pantainya baru-baru ini. Sumber kami mengesahkan bahawa pelakon wanita itu sudah pun kembali bersama semula dengan lelaki berstatus duda.
Bekas isteri pula dah malas ambil ‘port’, biarkan sahaja apa yang mereka nak buat, asal tak menggangu hidup dia.
Jadi, apa maknanya berita perpisahan pelakon wanita itu yang sampai berhari-hari menjadi muka depan sebuah akhbar? Promo kedai ke?