Sunday, March 20, 2011

Wajah Bak Satin Shiseido Selama 15 Jam


Wajah Bak Satin Shiseido Selama 15 Jam

Pencarian Jelajah Miss Universe Malaysia 2012
Teks oleh Haswari Ali
Foto oleh Mazlan Photography


KUALA LUMPUR, 16 MAC 2011: Bagaikan sebuah mimpi ngeri buat mana-mana wanita apabila bercakap soal bedak asas yang tidak sesuai dengan kulit wajah.
Mana tidaknya, pilihan warna yang sesuai adalah faktor utama. Tidak ketinggalan juga struktur bedak asas itu yang diilhamkan dari formulasi sempurna, tidak bercapuk dan strukturnya bak selembut sutera, sering menjadi pilihan.
Jenama kosmetik terkenal, Shiseido lahir dengan cecair bedak asas berformulasi terkini yang nyata lebih rata kemasannya dan menyerap ke permukaan wajah lebih rata bagi memberikan kesan lebih sempurna, lembut dan kemilau bak satin.
Dikenali sebagai Shiseido Perfect Refining Foundation, teknologi terkini khusus untuk kulit wajah wanita Asia ini mampu menutup liang roma wajah dan mengurangkan cela atau bekas jerawat daripada kelihatan.

Lebih istimewa lagi, cecair bedak asas ini mampu menyerap ke permukaan wajah secara semulajadi dan memberikan keseimbangan lembapan serta mampu bertahan selama 15 jam.
Benar, selama 15 jam jugalah wajah akan sentiasa tampak segar, cerah, asli walau dalam apa juga corak pencahayaan mahupun sudut pandang. Dengan menggunakannya, anda akan sentiasa tampak sempurna.
Lihat sajalah wajah model dan aktres popular Dynaz Mokhtar selepas wajahnya dioles dengan bedak asas dalam bentuk cecair ini.
Keberkesanannya jelas kelihatan ketika saat menggunakannya, selepas menggunakan dan beberapa jam selepas ianya beradu di wajah mulus milik selebriti tinggi lampai ini.
Kemewahan struktur kulit bak fabrik satin terselah pada wajah Dynaz yang berjaya menutup liang roma dan menyerap kesan minyak berlebihan.
Nyata ianya merupakan kemasan sempurna, apatah lagi bila di lengkapkan dengan bedak Translucent Pressed Powder yang mampu memberikan kesan bak baldu.
Wajahnya yang jelita disemarakan lagi dengan palet warna gincu bibir mempersona Shimmering Rouge yang boleh didapati dalam 13 warna ceria sempena kemunculan musim bunga nan indah.
Bukan sekadar pewarna bibir biasa, koleksi terkini Shiseido ini dicipta khas mengikut suhu badan setiap penggunanya yang akan cair ketika berada di permukaan bibir dan memberikan simbahan warna bak bintang filem terkenal.

Klik di sini untuk melihat 13 warna gincu bibir Shimmering Rouge

Total Pageviews