Tuesday, March 29, 2011

Parti Birthday Erma Fatima Disaji Tarian Lucah, Memalukan!


Parti Birthday Erma Fatima Disaji Tarian Lucah, Memalukan!

Dikemaskini oleh M pada March 30th, 2011
General 7 Respon
Classy sangat majlis hari jadi Erma Fatima dihidangkan dengan tarian lucah oleh penari Nyah yang berpakaian menjolok mata. Ada yang berbikini, tak kurang yang menyarung g-string serta melakukan aksi menonggeng punggung terhadap para jemputan.
Hairan juga apabila Erma mengatakan di Twitter berbunyi, “Salah ke sy menghargai keikhlasan & pemberiannya? Knp isu itu mahu d perbesarkan? Itu tdk adil & menghina mreka yg bkn menjual diri mereka!’
Apa maksud Erma? Adakah soal keikhlasan harus diukur dengan aksi tarian lucah? Logik akal, kalau tarian lucah dihidangkan, bukan susah pun nak melangkah kaki keluar daripada majlis. Pihak penganjur pun salah, aksi Nyah sedemikian tidak patut disajikan kepada tetamu, memalukan!
Apatah lagi majlis ini turut disertai oleh VVIP seperti Ketua Pengarah Istana Budaya, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad dan produser drama bercorak Islam di TV AlHijrah, Kala Terbit Cinta. Tidak wajar seorang kawan (penganjur) memanggil Nyah melakukan aksi lucah untuk menghiburkan para tetamu. Mujur, tetamu VVIP yang hadir hanya sempat duduk untuk 5 minit.
Kes sebegini, bukan sahaja imej Erma tercemar, malah imej para VVIP turut kena tempiasnya.
Dalam satu kenyataan, Erma ada menyebut bahawa dia tidak menganggap ‘kejutan’ itu adalah satu penghinaan terhadap imejnya. Tambah Erma lagi, kalau itu hadiahnya maka itulah yang diterima seikhlas hati.
Kenapa pula ‘kejutan’ itu bukan satu penghinaan? Tarian lucah, bukan hinaan? Pelik?
Kalau pihak penganjur ni jenis yang ada ‘akal’, mereka sebenarnya boleh buat kejutan yang lebih menarik seperti pertandingan karaoke, aksi stunt & lain-lain lagi. Kenapa tarian lucah juga yang menjadi pilihan?
Dalam situasi ini, kami bukan menghina golongan Nyah. Tapi kami nak tegaskan, dimana letaknya akal pihak penganjur ketika membuat perancangan majlis hari jadi ini?
Anda fikir, anda nilaikan.
Kredit gambar & berita: Utusan Malaysia

Total Pageviews