Friday, February 3, 2012

Syahrul Azwari Sukakan Miera Liyana


Syahrul Azwari Sukakan Miera Liyana

addthis kongsi icon
Syahrul Azwari Sukakan Miera Liyana

KL, 3 FEB 2012: Pening kepala Murai Batu memikirkan kisah percintaan antara pelakon seksi, Miera Liyana dan Shah Jazle yang kini sudah bertukar nama kepada Shahrizal.
Mana tidaknya, Murai Batu merasakan seperti sedang menonton sinetron dari Indonesia yang jalan ceritanya bercabang-cabang. Sampai tidak tahu bila penghujung ceritanya.
Walaupun sampai saat ini Miera dan Sharizal masih belum mengumumkan kata putus mengenai hubungan mereka, Murai Batu telah menerima kirisamn SMS dari kawan baik Murai Batu yang sama sekali di luar bidang seni hiburan.
Bidang apa pula itu? Sebenarnya, Murai Batu telah menerima berita panas dari padang bola sepak negara.
Kisah ini ada kaitan dengan pemain bola sepak negara dalam pasukan olimpik yang baru saja berangkat ke Bahrain pada malam 1 Februari lalu.
Kalau bercakap tentang pemain pasukan olimpik, mesti ramai akan menyangka pemain yang Murai Batu cakapkan ialah Khairul Fahmi atau pun Nazmi Faiz kan? Silap sama sekali.
Kali ini cerita panas berkenaan berkaitan dengan seorang lagi pemain muda yang popular iaitu Syahrul Azwari yang baru saja berusia 19 tahun.
Khabarnya, pemain yang berasal dari Kelantan itu menyimpan perasaan dengan Miera Liyana.
Senang cerita, apa yang Murai Batu boleh katakan bahawa dia ada menyimpan perasaan untuk menjadikan Miera sebagai kekasih.
Namun, disebabkan Syahrul ini seorang yang amat pemalu, dia hanya meluahkan rasa itu kepada kenalan rapatnya saja.
Bagaimanapun, Murai Batu dapat tahu, Syahrul yang pernah digandingkan bersama Zizi The Fabulous Cats dalam sesi fotografi ruangan Syoknya Bola Murai tidak lama dulu, masih belum mempunyai kekasih hati.
Pun begitu, menurut sumber Murai Batu, jejaka tinggi lampai ini sekadar menyimpan perasaan saja, kerana mahu memberi fokus dan cintanya kepada bola sepak sahaja.
Apa sekalipun, Murai Batu percaya tentu Miera akan terkejut apabila mendengar cerita ini.
Manakan tidak, pemain bola seperti Syahrul Azwari menyimpan hati dengannya walaupun Miera sering diasak pelbagai cerita kontroversi.
Paling tidak pun, jika benar Miera berpisah dengan Shahrizal, mungkin Syahrul sanggup menjadi pengganti.
Yang penting, Murai Batu bukannya mahu mengeruhkan lagi keadaan, tetapi sekadar berkongsi cerita yang mungkin ramai peminat bola sepak tidak tahu.

Total Pageviews