Thursday, March 17, 2011

(Gambar) Irma Hasmie Kini Tampil Bertudung


Cerita minggu lepas, kami selongkar balik. Irma Hasmie, kini lebih selesa dengan penampilan bertudung, satu perkembangan yang positif. Penghijrahan Irma Hasmie telah diumumkan sendiri oleh Wardina Safiyyah dalam twitternya, “Tahniah Irma Hasmie kerana berhijab, welcome on board! Let’s be better Muslims… Mesti coooomeeellll sgt dan menjadi rebutan ibu2 mertua.”
Cuma kami harap, janganlah niat baik Irma Hasmie untuk menutup aurat ini bersifat sementara. Kalau boleh, biar dikekalkan sampai bila-bila.
Bercerita mengenai tudung, kami lihat seorang janda yang semasa berkahwin pakai tudung, selepas bercerai buka tudung atas alasan mencari rezeki. Kemudian, baru-baru ini, janda muda tersebut muncul sebagai cover dalam majalah hiburan tempatan dengan memakai tudung semula.
Pelik juga, pendirian janda muda tersebut selalu berubah-ubah ke?

Total Pageviews