Wednesday, March 30, 2011

ALAHAI...MENTOR VERSI TV3

ALAHAI...MENTOR VERSI TV3

Apa dah jadi dengan rancangan mentor, seorang perserta Ratnah yang melebihi had umur di benarkan bertanding. Adilkah kepada peserta-peserta lain dan juga adilkah kepada mereka yang melebihi umur yang mempunyai bakat tapi tak dapat menhadiri uji bakat dek kerana melebihi had umur yang ditetapkan 18 hingga 26 tahun. Di mana integriti,ketelusan dan peraturan yang di tetapkan pihak TV3 dan penerbit mentor 5 saudara Suffian Isa. Di mana keadilan dan dan peraturan yang di tetapkan di ketepikan dek kerana Ratnah yang berusia 28 tahun.

Jika di lihat Ratnah boleh di batalkan penyertaan kerana menyembunyikan umur asal dan jika ada bantahan dari mentor atau peseta lain pinhak mentor 5 perlu lihat perkara ini dengan lebih serius. Jika peraturan yang di tetapkan tidak di ikut sebagai sebuah badan korporat dan profesional TV3 dan pihak mentor 5 telah memalukan dunia penyiaran dengan peraturan yang boleh dimain-mainkan.Afdlin lepas ni ,Afdlin carilah protege yang lain yang datang uji bakat tapi tak melanggar peraturan,dek kerana Ratnah ada peserta berbakat yang mengikut had umur tak terpilih.

Maka di sini saya sebagai pemerhati, berharap pihak TV3 dan juga pihak penerbit mentor 5 renung-renungkan lah keadilan,ketelusan ,profesionaluntuk semua pihak maupun di dalam atau peminat di luar.

mykopiee boy: 31march 2011



Total Pageviews