Sunday, March 20, 2011

(Gambar) Majlis Nikah, Perkahwinan Kris Dayanti & Raul Lemos Di Jakarta


Kredit gambar : Twitter Dean_Musthafa
Baru sahaja selesai sudah majlis pernikahan penyanyi popular Kris Dayanti bersama ahli perniagaan Raul Lemos di Masjid Nurul Iman, Hotel Grand Sahid, Jakarta. Tahniah!
Seorang koresponden daripada Utusan Malaysia sempat menghantar tweet foto hiasan dalaman untuk majlis akad nikah pasangan kontroversi ini. Menurut sumber yang lain, mereka hanya menumpukan dekorasi di bahagian dalam masjid ekoran angin kencang di luar, dikhuatiri akan mencacatkan hiasan luaran.
Mas kahwin daripada Raul Lemos bukan seperti yang kita jangkakan, sebaliknya Raul Lemos memberikan mas kahwin berupa set barangan solat secara tunai.
Akad dilafazkan oleh Raul Lemos dengan lancar kepada KD berbunyi, “Kepada isteriku tercinta, mas kawin ini berupa seperangkat alat solat, saya serahkan kepadamu tunai, semoga ada manfaatnya.”
“Suamiku tercinta Raul Lemos, saya terima mahar ini, Insya Allah saya akan manfaatkan, semoga redha dan berkat Allah selalu menyertai kita,” jawab KD sebagai balasan kepada akad Raul Lemos.
Selesai sahaja akad nikah, Raul Lemos sempat mencium bibir KD sebanyak 3 kali di hadapan para tetamu sebagai tanda cinta.

Total Pageviews