Friday, February 24, 2012

NADIA ZUBER PERNAH CINTAKAN SAFIQ RAHIM & KINI DENGAN IRFAN PEMAIN BOLA MALAYSIA


Nadia Zuber Mengaku Cintakan Irfan

addthis kongsi icon
Nadia Zuber Mengaku Cintakan Irfan



KUALA LUMPUR, 22 FEBRUARI 2012: Tanpa berselindung tentang hubungannya bersama pemain bola sepak pasukan Harimau Muda iaitu Irfan Fazail, pengacara program Scoreboard, Nadia Zuber, 23, mengakui jejaka dari selatan semenanjung tanah air itu adalah kekasih hatinya.
Lebih berani lagi, Nadia turut menjawab bahawa dia pernah bercinta dengan seorang lagi pemain bola sepak kebangsaan iaitu Safiq Rahim.
Bagaimanapun menurut Nadia, percintaan itu tidak menemui jalan bahagia dan tatkala ini dia sedang melayari bahtera cinta bersama Irfan yang wajahnya seiras Nabil Raja Lawak.
"Irfan memang kekasih saya. Kami sudah secara rasmi menjadi pasangan kekasih sejak lima bulan yang lalu.
"Kalau tidak silap, ketika Aidilfitri tahun lalu. Terus-terang, saya senang berkawan dengan Irfan kerana saya rasa keihklasan dalam darinya.
"Saya dapat lihat sendiri kejujuran dia apabila bertemu keluarga saya.
"Memang benar, keluarga kami berdua sudah tahu hubungan kami. Alhamdulillah, keluarga tidak pernah menghalang percintaan kami kerana keluarga merestuinya.
"Walaupunpun begitu, kami masih belum berbincang secara rasmi untuk memulakan hubungan ini dengan ikatan pertunangan ataupun perkahwinan.
"Lagipun pula, saya masih lagi baru berkawan dengannya. Masing-masing masih lagi muda.
"Kebetulan pula, kami berdua masih lagi baru dalam bidang yang kami ceburi. Oleh itu, saya lebih selesa berkawan dengan Irfan cara sebegini, " katanya kepada portal murai.com.my ketika dihubungi.
Mengakui mengenali Irfan selepas menerima saranan daripada jurulatih Ong Kim Swee yang menyifatkan Irfan sebagai seorang pemain yang bagus, Nadia memberitahu sangat selesa berkawan dengan jejaka berkenaan, lantas membuatkan dirinya jatuh cinta dengan pemuda itu.
"Saya memang tidak pernah bertunang dengan Safiq Rahim. Namun, saya pernah bercinta dengan Safiq.
"Sejujurnya, sebelum ini saya hampir bertunang dengan seorang jejaka. Bagaimanapun, lelaki itu bukanlah Safiq seperti mana yang digembar-gemburkan.
"Sebab mengapa saya tidak jadi bertunang dengan pemuda itu, biarlah saya dan keluarga saja yang tahu.
"Kalau saya ceritakan kisah itu, mungkin ianya akan mengaibkan orang lain.
"Saya berpisah dengan lelaki itupun bukannya kerana saya tidak sayang kepadanya tetapi lebih kepada saya dan keluarga yang tidak boleh menerima dengan apa yang telah dilakukannya.
"Safiq juga tidak ada kena mengena langsung dalam hal ini. Kebetulan masa peristiwa itu berlaku, saya baru lagi berkawan dengan Safiq. Kerana kes ini jugalah, saya sudah fobia untuk bertunang lagi," jelas anak bongsu dari tiga beradik itu.
Terus menjelaskan mengenai hubungannya bersama Safiq sebelum ini, Nadia memberitahu portal murai.com.my bahawa dia pernah menjadi kekasih Safiq selama 6 bulan.
"Saya dengan Safiq berpisah secara baik. Sebab mengapa kami putus adalah kerana kami tidak sefahaman. Namun, saya dengan dia masih berhubung dan tidak bermusuhan. Safiq sendiri tahu saya sekarang sedang bersama Irfan.
"Saya tahu, isu saya bertunang dengan Safiq berbangkit selepas saya mendapat usikan dari rakan saya di Facebook.
"Dia meletakkan status tahniah kepada Safiq dan ramai yang menganggap ungkapan itu disebabkan saya bertunang dengan Safiq.
"Padahal, saya sudah tidak ada ikatan langsung dengan dia," jelasnya.
Mengakhiri perbualan, Nadia tidak menafikan ada bercakap dengan Irfan mengenai hal mengikatkan tali pertunangan.
Namun, Nadia menganggap itu hanyalah sebagai satu perbincangan yang bukan serius.

Total Pageviews