Thursday, February 23, 2012

Anda Wajib Tonton Adnan Sempit 2, Sumpah Kelakar Gila

Anda Wajib Tonton Adnan Sempit 2, Sumpah Kelakar Gila

Mulai hari ini, filem yang dinanti ramai iaitu Adnan Sempit 2 sudah pun mula ditayangkan di pawagam. Abang Nara baru-baru ini berkesempatan untuk menonton filem lakonan pelakon hebat, Shaheizy Sam ini. Mula-mula Abang Nara risau jugak filem ini tak sekelakar yang sebelum ini. Ternyataan kerisauan Abang Nara tidak bertempat.
filem adnan sempit 2
Shaheizy Sam macam biasa memang kelakar di dalam filem ini. Namun kehadiran Along, Angah dan Syuk Raja Lawak memang membuatkan anda akan tergelak sepanjang masa. Abang Nara paling kelakar dengan babak Shaheizy Sam cuba bercakap bahasa omputih. Memang 1st class lawak tersebut. Tengok trailer pun dah tahu yang ini memang filem komedi yang sangat awesome.
Kalau cerita banyak sangat nanti takut Abang Nara akan terbagi spoiler pulak. Abang Nara hanya mampu katakan yang anda WAJIB TONTON filem ini walaupun anda tak pernah tengok filem Adnan Sempit. Nak lagi best sila tengok time otak tengah stress. Confirm stress akan hilang terus.
Ingat lagi tak peraduan yang diadakan di facebook Mejar David Teo (http://www.facebook.com/davidteo99) dan MIG Online (http://www.facebook.com/MiG.On9)? Ada dua jenis peraduan berbeza sedang berlangsung di facebook page tu….kini hadiah utama yang ditunggu tunggu dan tiba!
adnan sempit
Pemenang utama akan memenangi sebuah motor Modenas Passion 125! Jadi ada dua pemenang utama nanti kerana kami ada 2 motor! Cepat join sekarang kalau belum join! Tarikh tutup penyertaan 1 Mac 2012. So tunggu apa lagi? Tengok filem Adnan Sempit 2 hari ini jugak dan jangan lupa join contest menarik ini.

Total Pageviews