Tuesday, February 7, 2012

Hans Isaac Dan Neelofa Semakin Mesra


Hans Isaac Dan Neelofa Semakin Mesra

addthis kongsi icon
Hans Isaac Dan Neelofa Semakin Mesra
KL, 6 FEB 2012: Penghujung November tahun lalu, Murai Batu ada terbaca di dalam portal murai.com.my berkenaan aktor kacak, Hans Isaac, 41, yang dikatakan sedang dalam proses mengenali hati budi si cantik manis, Neelofa.
Tapi, Hans kata hubungan mereka masih di peringkat perkenalan dan profesional semata-mata. Itupun selepas satu sama lain telah dipertemukan dalam penggambaran filem Kampung Lemak Santan yang telah memulakan penggambaran pada 8 Oktober lalu.
Sebelum itu juga, mereka dikatakan intim dan dilihat telah keluar bersama sebagai pasangan kekasih di sebuah kompleks membeli belah di Damansara.
Terbaru, Murai batu ada terbaca dalam akhbar tabloid, Harian Metro di ruangan gosip yang mengatakan Hans Isaac telah sekali lagi kelihatan bersama Neelofa ketika tayangan malam pertama Lawak Ke, Der? di Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur, Jumaat lalu.
Alamak, adakah mereka sudah mengenali hati budi masing-masing?
Kalau tak silap Murai Batu, sudah lebih dua bulan, mereka mengenali satu sama lain. Laporan itu juga menyatakan yang Hans memang kelihatan begitu mesra dengan Neelofa.
Malah rancangan gosip hiburan popular, Melodi semalam telah berjaya mendapat penjelasan daripada kedua-dua wajah popular berkenaan dalam dua majlis berasingan mengenai status perhubungan mereka.
Apa yang Murai Batu dapat saksikan, kedua-duanya seperti main tarik tali pula. Jika Hans meminta Neelofa memberi kenyataannya sendiri, begitu pula dengan si cantik Neelofa yang seakan enggan mengaku kebenarannya.
Alahai sukar Murai Batu ulas lebih lanjut. Kerana sejak dari dulu lagi Murai Batu faham sangat dengan kerenah percintaan Hans dan Neelofa pula Murai Batu sifatkan sebagai pendatang baru yang jinak-jinak merpati. Tak gitu.
Apapun Murai Batu doakan agar mereka berdua berbahagia, walaupun sekiranya mereka tidak bercinta.
MuraiBatu: Tidak terkejut apabila ada peminat ternampak Rozita Che Wan, berjalan bersama dengan Shahir di sebuah pusat beli-belah di Jalan Bukit Bintang.

Total Pageviews