Saturday, February 25, 2012

Adira Pernah Ajak Izham Jumpa Ibunya


Adira Pernah Ajak Izham Jumpa Ibunya



KUALA LUMPUR, 23 FEBRUARI 2012: Tidak menafikan mempunyai hubungan dengan penjaga gol Harimau Muda iaitu Izham Tarmizi, peserta Mania, Adira Suhaimi, 21, mengakui hanya berkawan dengan penjaga gol berkenaan.
Walau bagaimanapun, Adira yang memanggil Izham dengan nama Miji telah pernah mengajak jejaka hitam manis itu untuk berjumpa ibunya. Adakah hubungan ini sudah menjadi lebih dari sekadar kawan?
"Saya masih berkawan lagi dengan Miji. Namun, kami sekadar kawan biasa saja. Rasanya tiada apa-apa hubungan istimewa antara saya dan Miji. Saya sendiri tak tahu nak kata sama ada saya akan kembali bercinta dengan dia, ataupun sebaliknya.
"Apa yang boleh saya katakan di sini, semasa di awal perkenalan kami berdua, kami memang selalu berhubung.
"Namun, ianya terputus di tengah jalan disebabkan masing-masing sibuk. Sekarang ini pun, kalau mahu dikatakan kami semakin akrab semula, agak sukar untuk dipastikan.
"Setakat ini, kami hanya berbalas SMS dan menelefon bila ada waktu terluang saja. Disebabkan itu jugalah, kami jarang keluar makan bersama.
"Paling terdekat pun, saya ada berjumpa dengan Miji bersama kakak saya Ema," katanya.
Bagaimanapun, Adira tidak menolak dakwaan ada memperlawa Miji datang ke rumahnya untuk berjumpa dan berkenalan dengan ibu Adira yang kini telah menetap di Kuala Lumpur.
"Mama saya tidak kenal sangat Miji. Tapi, Mama tahu dia seorang pemain bola sepak kebangsaan.
"Mama tidak kisah saya berkawan dengan Miji. Namun, buat sementara waktu ini, saya tidak mahu ada sebarang komitmen cinta. Saya tak mahu dicop sebagai play girl.
"Saya hanya akan membalas SMS seseorang itu bila ianya betul-betul penting saja.
"Ya, saya memang ada mengajak Miji datang ke rumah, itupun disebabkan saya susah mahu keluar rumah sekiranya tiada sebab.
"Mama tak izinkan saya keluar dengan sebarang orang.
"Sebab itulah, saya ajak Miji datang ke rumah. Mama pun suka kawan-kawan saya datang rumah.
"Dengan Hafiz pun saya masih berkawan. Kebetulan pula kami dalam syarikat pengurusan yang sama, jadi takkanlah mahu bermasam muka. Kami pun tak pernah bergaduh," ujarnya.
Sementara itu, pelantun lagu Sakura itu tidak pasti apa yang menyebabkan cerita dia kembali bersama Izham diperkatakan semula.
Adira berkata, isu itu berbangkit semula kerana Miji yang dia kenali sudah pun berubah menjadi seorang penjaga gol yang semakin popular.

Total Pageviews