Tuesday, February 28, 2012

Liyana Jasmay Akui Sudah Terima Cincin Merisik Dan Bakal Bertunang Bulan Hadapan


Liyana Jasmay Akui Sudah Terima Cincin Merisik Dan Bakal Bertunang Bulan Hadapan

Selepas hebat di’gossipkan beliau bercinta dengan beberapa jejaka di Malaysia, hari ini beliau sahkan yang dirinya bakal menjadi milik seorang ahli perniagaan.
Liyana Jasmay sebelum ini pernah di’kaitkan dengan nama besar seperti Syamsul Yusofdan Aizat mengakui yang beliau telah pun menerima cincin merisik sekitar minggu lalu.
Jejaka bertuah yang berjaya mencuri hati gadis ini bernama Fathuddin Mazlan,seorang ahli perniagaan muda dan juga jiran kepada Liyana Jasmay.
“Dia menghantar rombongan merisik pada minggu lalu dan jika tiada aral melintang, kami akan bertunangan bulan depan. Tarikhnya terpaksa dirahsiakan. InsyaAllah tahun depan kami akan berkahwin”, kata Liyana Jasmay kepada media.
Alhamdulillah. Akhirnya sampai juga jodoh Liyana Jasmay seperti yang di’idam idamkan selama ini. Jangan lupa jempuat kami semua makan nasi minyak. Heh.

Total Pageviews