Monday, March 5, 2012

Bas accident at Cameron Highland:Dua pelancong India maut, lima parah


Dua pelancong India maut, lima parah


SEBAHAGIAN pelancong warga India diberikan rawatan kecemasan selepas terbabit dalam kemalangan ngeri di Kilometer 4.5, Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur, semalam. – BERNAMA


BENTONG 5 Mac – Percutian 22 pelancong dari India ke negara ini bertukar tragedi apabila dua daripada mereka maut setelah bas persiaran yang dinaiki terbabas lalu terbalik di Kilometer 4.5, Jalan Genting Highlands-Kuala Lumpur, dekat sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.55 pagi itu, bas persiaran Star Mart itu difahamkan dalam perjalanan turun dari Genting Highlands menghala ke ibu negara, sebelum ke destinasi percutian seterusnya di Singapura.
Bagaimanapun, ketika melalui satu selekoh tajam, bas itu dipercayai hilang kawalan setelah mengalami masalah brek menyebabkan ia terbabas dan merempuh pembahagi jalan sebelum terbalik di laluan bertentangan.
...

Total Pageviews