Iklan terkini daripada Puma membuatkan kami tertanya-tanya sama ada bintang bola sepak Malaysia, Khairul Fahmi ini dijadikan ikon atau duta kepada jenama sukan terkenal, Puma. Kalau benar jangkaan kami, makin mencurah-curah rezeki Khairul Fahmi walaupun kerap dicemari dengan pelbagai kontroversi yang kurang enak didengar.
Sebagai ikon tempatan pula, Khairul Fahmi masih mengekalkan prestasinya dengan persembahan menarik bagi setiap perlawanan yang melibatkan personaliti ini. Diharapkan, Khairul Fahmi berusaha lebih gigih lagi bagi menempa nama setanding rakan sekerja, Safee Sali yang kini menyambung kontrak bersama pasukan liga Indonesia, Pelita Jaya.