Saturday, April 23, 2011

(Gambar) Majlis Pertunangan Ashraf Muslim & Noor Dayana


JOIN FACEBOOK OHBULAN, WE UNCOVER EVERYTHING.

Aduh, bukan main lagi peminat Ashraf Muslim mengamuk pada kami sebab mendedahkan gerangan siapa tunang pelakon hensem ini. Ada yang kata, “hey, biarlah Ashraf Muslim kenalkan sendiri tunangnya, tak hormati privasi orang lain langsung!”. Begitulah marahnya peminat Ashraf Muslim pada kami.
Kalau nak ikutkan, cerita mengenai bakal tunang Ashraf Muslim banyak dibincangkan di ruangan forum ataupun blog-blog lain. Kami perlu menjelaskan bahawa sudah menjadi tugas sebagai problogger untuk mengupas segala persoalan & isu yang menjadi tanda-tanya pembaca. Macam kisah pertunangan Ashraf Muslim ini, ia merupakan satu berita gembira, jadi kami harus berkongsi dengan pembaca-pembaca lain juga. Tak salah pun, kan? Why so serious?
Berbalik kepada cerita pertunangan Ashraf Muslim, pelakon yang kini merupakan pengamal rawatan secara Islam untuk Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah telah bertunang Noor Dayana Lokman di Gombak, semalam. Majlis pertunangan diadakan secara besar-besaran kerana mereka turut meraikan majlis perasmian Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah pada tempat & hari yang sama.
Tarikh pernikahan mereka akan berlangsung pada 30 Ogos 2011 sempena Hari Raya Puasa di Mekah. Kredit gambar & berita kepada Mstar.

Total Pageviews