Monday, April 4, 2011

Nurul Syuhada, Dr Faiz putus cinta


UMUM sedia maklum, hubungan istimewa yang terjalin antara personaliti TV3 dan pengacara Malaysia Hari Ini (MHI), Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain, 26, dengan calon Angkasawan Kedua Negara, Mejar Dr Mohd Faiz Khaleed, bukan lagi satu rahsia. Mereka sebelum ini tanpa berselindung mengakui berkawan rapat, namun belum bersedia menempuh gerbang perkahwinan lantaran kesibukan masing-masing.

Nurul yang pernah mengendalikan program Nona dan Majalah 3, sebelum ini membuat kenyataan kepada Harian Metro terbitan 28 Ogos 2009, mendakwa dia masih berkawan rapat dengan Dr Faiz dan tiada sebarang masalah antara mereka, gara-gara wujudnya gosip yang menyatakan hubungan cinta antara mereka sudah putus seperti tersebar di internet. Pemilik Ijazah Sarjana Muda Sains Marin,Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu dikatakan bakal bertunang dengan Dr Faiz pada 4 Julai 2009, namun terpaksa dibatalkan pada saat akhir, kononnya Nurul menjalin cinta dengan lelaki lain.

Sebaliknya Nurul menjelaskan, majlis pertunangan berkenaan terpaksa ditangguhkan sementara atas persetujuan bersama kerana mereka sibuk dengan komitmen masing-masing. Ini bermakna Nurul dan Dr Faiz masih bercinta, namun jodoh mereka belum sampai untuk disatukan ke satu fasa lebih kukuh.

Justeru, ketika bertemu Nurul pada sidang media pengumuman calon Top 5 ABPBH2010 baru-baru ini, Zubir terus menyapa Nurul yang sekali lagi tercalon untuk kategori Pengacara TV Wanita Popular dengan pertanyaan selamba: “Haa Nurul, kau bila nak kahwin?” Maksud Zubir dengan Dr Faiz.

Dengan spontan dan selamba juga Nurul membalas pertanyaan Zubir: “Kami dah tak ada apa-apa Abang Zubir, dah putus...”

Antara percaya dan tak percaya saja dengan pengakuan Nurul itu, tapi apabila kenyataan itu keluar sendiri daripada mulut si empunya diri, Zubir mengklasifikasikan sebagai sesuatu yang sahih. Mungkin, Nurul ada alasan tersendiri mengapa percintaan itu tidak mampu diselamatkan.

Zubir percaya, sekiranya kuat jodoh antara mereka, tiada siapa mampu menduga, suatu hari nanti impian untuk naik pelamin, pasti terlaksana, insya-Allah.


Maka nya, kira nya, kenyataan teropong abg Zubir nie betul, wahai peminat dan pencinta NURUL SYUHADA NURUL AIN, apa lagi....rebut peluang anda....

Total Pageviews