Monday, April 4, 2011

Shaheizy Sam Rangkul Bintang Paling Popular ABPBH 2010


Shaheizy Sam Rangkul Bintang Paling Popular ABPBH 2010

Dikemaskini oleh M pada April 4th, 2011
Undian terkumpul berjumlah 126128 menobatkan Shaheizy Sam, hero filem Adnan Sempit & Ngangkung membawa pulang anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 2010, sekaligus menepati ramalan asal kami.
Ketika ucapan penghargaan dibuat, jelas tampak di wajah Sam kejutan yang tidak terhingga. Dan, kami rasa Sam merupakan Bintang Paling Popular pertama yang membawa ibunya naik sama ke pentas untuk menerima anugerah berprestij ini. Menurut ibu Khaty, dia mengakui bahawa dia selalu menghantar borang undian & SMS setiap hari RM20.
Sempat lagi Sam berseloroh, mengucapkan terima kasih kepada Datuk Siti Nurhaliza kerana menarik diri. Kata Sam, “Terima kasih kepada Datuk Siti Nurhaliza kerana menarik diri, kalau tidak memang takde peluanglah jawabnya”. Gamat satu dewan gelak.
Ketika sidang akhbar diadakan, Sam tidak putus-putus mengucapkan tanda terima kasih kepada ibunya yang selama ini menjadi tulang belakang kepada kejayaannya.
Dengan air mata yang bercucuran, Sam berkata, “Dia yang membesarkan saya selama ini. Kejayaan saya pada malam ini adalah berkat sokongan daripadanya. Saya hendak buat yang terbaik adalah untuk dia. Saya teringat susah-payah yang terpaksa emak saya lalui untuk membesarkan saya selama ini.
Tanpa dia, saya tidak akan berada di sini. Sebab itulah, apabila saya diumumkan sebagai pemenang, saya mahu berkongsi kegembiraan itu dengannya. Hidup saya adalah untuk emak saya.” Gua Malaysia.
Sekalung tahniah buat Sam, semoga dapat mengekalkan momentum sebagai pelakon paling popular untuk tahun seterusnya. Elakkan kontroversi ya!

Total Pageviews