Monday, April 4, 2011

Corat-Coret Menarik Sepanjang ABPBH 2010


Corat-Coret Menarik Sepanjang ABPBH 2010

Corat-Coret Menarik Sepanjang ABPBH 2010
Teks oleh Syafiqah Jalal & Hazeman Huzir
Foto oleh Mazlan Yunos Photography
KUALA LUMPUR, 4 APRIL 2011: Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH) 2010 yang berlangsung di Arena Of Stars, Genting Highlands, malam tadi menyaksikan buat pertama kalinya, pelakon Shaheizy Sam, 29, telah diumumkan sebagai Bintang Paling Popular.
Sepanjang 2 jam lebih bersiaran, ABPBH 2010 yang telah dikendalikan oleh 3 pengacara penuh sensasi iaitu Raja Azura, Shahirah Sahirah dan Zizan Raja Lawak sentiasa tak lekang dengan pelbagai corat-coret yang menarik.
Jika pada ABPBH tahun yang lalu kita melihat Dato Siti Nurhaliza dengan rela hati telah memeluk suaminya, Dato Khalid Mohd Jiwa sewaktu diumumkan sebagai Bintang Paling Popular, apa kurangnya pula dengan pemenangnya pada tahun ini.
Shaheizy Sam bukan saja telah memeluk serta mencium ibunya yang juga dramatis Khaty Fudziah Musa tetapi dia turut membawa sama ibu tercintanya itu untuk naik sekali ke atas pentas untuk menerima anugerah dalam acara yang penuh berprestij berkenaan. Bukan setakat itu saja, Shaheizy Sam juga turut memberi peluang pada ibunya untuk berucap sama.
Senario yang tercetus secara spontan itu membuktikan bahawa Shaheizy Sam seorang anak yang bukan saja cukup menghormati ibunya tetapi pada waktu yang sama turut mengangkat darjat ibunya di tahap yang cukup tinggi. Tentu sejuk perut Khaty Fudziah sewaktu mengandungkan Shaheizy Sam dulu.
Apapun, mari kita ikuti corat-coret ABPBH 2010 selanjutnya seperti yang dihimpunkan oleh murai.com.my
# Acara permaidani merah telah menyaksikan pelbagai rekaan fesyen yang bertemakan Moden Klasik yang ditampilkan oleh setiap artis bermula sejak 7 petang lagi.
# Acara permaidani merah bukan sahaja hanya menyaksikan pelbagai aksi selebriti lelaki dan perempuan yang bergaya sakan dalam memperagakan busana masing-masing. Malah, aksi pelakon kecil dan comel, Mia Sara yang sibuk melaram turit mencuit hati ramai penonton dengan aksi posingnya yang mengalahkan orang dewasa.
# Pengacara Aznil Hj Nawawi yang tampil dengan busana rekaan Hatta Dolmat itu. Nampak seperti gaya seniman Sudirman Hj Arshad apabila mengenakan jaket dan gaya rambut ramos dan berkait di jambulnya
# Pelakon, Nur Syuhaida yang mula dikenali menerusi drama bersiri Dottie mendapat sorakan yang paling kuat daripada peminat sewaktu melalui karpet merah. Namun, kebanyakannya mereka lebih senang memanggil dengan gelaran Dottie iaitu wataknya dalam drama bersiri tersebut.
# Selain Dottie, kemunculan Ucop Wilcha iaitu sebuah watak yang dicetuskan dalam filem komedi seram Hantu Kak Limah Balik Rumah turut mendapat sorakan gemuruh dariapada peminat di karpet merah. Apatah lagi bila dia sentiasa mengekalkan lenggok tangan yang telah menjadi trademarknya.
# Seperti kebiasaannya, penyanyi popular No. 1 tanah air, Dato Siti Nurhaliza pasti akan tampil sebagai artis yang terakhir melalui karpet merah bersama suaminya, Datuk Mohd Khalid Jiwa.
# Ada juga sebahagian artis yang tidak melalui laluan permaidani merah. Sebaliknya, mereka lebih selesa mengikut jalan pintas di belakang pentas seperti Rita Rudaini, Anuar Zain dan ramai lagi.
# Penyanyi Stacy ada mengadu bajunya yang direka oleh Hazwani Osman agak terlalu ketat sehingga membuatkan dia kurang selesa untuk duduk.
# Ramai yang suka dengan opening Kak Engku, Sharifah Shahirah dan Zizan sewaktu mereka membawakan lagu Dengar Ini Cerita dengan lirik yang diubah suai tentang hal-hal yang berkaitan penganjuran ABPBH 2010 serta pihak penaja. Namun apa yang lucunya, lagu tersebut telah lari tempo tetapi berjaya di 'cover line' oleh ketiga-tiga pengacara ini.
# Zizan yang pertama kali mengacarakan ABPBH 2010 berjaya menggamat lagi suasana malam itu bersama Kak Engku dan Sharifah Shahira. Dia bukan sahaja membuat lawak semasa bersiaran di anugerah malah sewaktu siaran berehat seketika. Mungkin itu salah satu cara untuknya menghilangkan rasa gementar.
# Zizan juga sempat menyebut nama pelakon Juliana Evans sewaktu bercakap tentang calon menantu yang ibunya mahukan. Apakah Zizan mahu menyampaikan mesejnya bahawa dia dan Juliana Evans memang sedang menjalinkan hubungan cinta?
# Sewaktu Juliana Evans naik ke atas pentas sebagai penyampai trofi, kamera sempat memfokus ke arah Sam, vokalis Bunkface yang juga bekas kekasihnya dulu sebelum dia dikaitkan dengan Zizan.
# Kamera juga turut memfokuskan wajah Jue Aziz sewaktu aktor Jehan Miskin naik ke pentas sebagai penyampai trofi.
# Tidak ketinggalan Shahir waktu dia naik untuk mengambil trofi Artis Baru Lelaki Popular. Tiba-tiba kamera terus zoom ke arah Rozita Che Wan.
# Selain daripada itu, kamera juga sempat memfokus ke arah pasangan kekasih, Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya dan duduk bersebelahan di dalam dewan arena Of Stars itu.
# Ramai yang ketawa tak kering gusi bila melihat aksi sedih yang sengaja dibuat-buat oleh Kak Engku dan Sharifah Shahirah sewaktu gagal memenangi kategori Artis Komedi Wanita Popular. Sebelum itu, mereka konon-konnnya bergaduh sambil tarik-tarik rambut untuk menang. Sempat Zizan tenteramkan mereka.
# Begitu pemenang Artis Komedi Wanita Popular iaitu Norkhiriah tidak dapat naik ke atas pentas kerana sedang berpantang. Jadilah, dapatlah Shahirah Sahirah yang mengambil anugerah tersebut.
# Zizan tiba-tiba terus bertukar karektor sewaktu memenangi Artis Komedi Lelaki Terbaik. Daripada lawak kepada serius. Perubahan karektornya itu sempat ditegur oleh Kak Engku dan Sharifah Shahirah.
# Biarpun dipalit dengan pelbagai kontroversi, namun Fasha Sandha berjaya merampas semula gelaran Pelakon TV Wanita Popular.
# Aktor Fizz Fairuz dan Sharifah Zarina sempat buat lawak tentang status Fasha Sandha. Namun, Fizz Fairuz sempat beritahu Fasha Sandha bahawa dia tak boleh couple dengan Fasha sebab dia tak punya helikopter.
# Kemunculan Rita Rudaini yang sedang sarat mengandung sebagai penyampai trofi berjaya menarik perhatian ramai. Yang lucunya bila pengarah Ahmad Idham mengusik Rita: Hai dalam sibuk kontroversi pun sempat jugak buat anak.
# Ramai penonton yang mula bosan bila kebanyakan artis yang jadi penyampai trofi asyik mempromosikan nama pereka fesyen atau baju tajaan mereka.
# Disebabkan itu, Aznil Nawawi yang naik ke atas pentas untuk mengambil trofi kemenangannya menerusi kategori Pengacara TV Lelaki Popular sempat mengingatkan pada artis lain untuik berhenti mempromosikan nama pereka fesyen atau baju tajaan mereka. Tapi Pak Nil dengan bijaknya sempat menyelitkan nama Hatta Dolmat sebagai pereka fesyennya.
# Ramai yang tak sabar menunggu persembahan Anuar Zain menerusi single terbarunya, Sedetik Lebih. Ia adalah antara persembahan yang paling menarik pada malam itu.
# Begitu juga dengan Yuna yang membawakan beberapa lagu medleynya. Persembahannya Yuna boleh diklasifikasikan sebagai bertaraf antarabangsa. Mungkin, itulah perubahan yang sempat dibawanya selepas pulang dari United Kingdom dan New York.
# Sebaik saja Hujan selesai membuat persembahan, Sharifah Shahirah sempat mengusik vokalisnya, Noh dengan gelaran bakal menantu Tan Sri. Al-maklumlah, Noh bakal berkahwin dengan anak Tan Sri Azman iaitu Mizz Nina tidak lama lagi.
# Penyanyi Shohaimi Mior dikatakan telah kehilangan suara sehingga memerlukan khidmat seorang penyanyi lain yang bersuara seakan sepertinya untuk nyanyi bersama Ana Raffali dan Altimet untuk lagu Kalau Berpacaran.
# Ketika Dato' Siti Nurhaliza membuat persembahan penutup dengan membawakan lagu Bukan Cinta Biasa dengan bersi lagu Korea serta lagu No Body daripada Wonder Girls, ketiga-tiga pengacara ABPBH 2010 malam sempat menari bersama-sama sambil bergambar bertiga.
# Bukan setakat Raja Azura, Sharifah Shahirah dan Zizan saja, Fara Fauzana dan Linda Onn pun turut bersorak kegembiraan tatkala melihat persembahan Siti pada pada malam itu.
# Ramai kalangan artis lelaki dan perempuan turut mengambil kesempatan untuk keluar menghisap rokok atau pergi ke toilet sewaktu siaran berehat buat seketika.
# Danny daripada kumpulan X-Factor kelihatan menemani tunangnya aidatul Fazlin Zakaria sambil berpimpin tangan sewaktu ke toilet.
# Yassin Senario telah mencuit hati penonton menerusi nyanyian lagu 'Better Man' nyanyian asal Robbie Williams ketika siaran sedang memberi laluan untuk pesanan penaja. Tapi cara nyanyiannya yang kurang jelas serta bahasa Inggerisnya yang berterabur telah membuatkan penonton ketawa tak henti-henti.
# Kemunculan Ucop Wilcha dan Abi Hurairah (Johan Raja Lawak) sewaktu pengumuman Bintang Paling Popular hendak dibuat berjaya menggamatkan suasana di Arena Of Stars dengan lawak mereka yang bersahaja.
# Nampaknya ramai betul peminat filem Hantu Kak Limah Balik Kampung yang diarahkan oleh Mamat Khalid. Sebab, apa saja yang Ucop Wilcha macam wataknya dalam filem tu, penonton macam tahu saja.
# Ramai penonton di Arena Of Stars menyebut nama Zizan dan Shaheizy Sam sewaktu Ucop Wilcha hendak mengumumkan nama pemenang Bintang Paling Popular ABPBH 2010.
# Ketika dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Berita Harian, Shaheizy Sam sempat memakai cermin matanya untuk melindungi matanya yang sedang bergenang dengan air mata gembira.
# Tidak pernah dalam sejarah ABPBH, pemenang membawa ibunya naik ke atas pentas untuk berucap sama. Namun, Shaheizy Sam telah berjaya memecahkan tradisi tersebut.
# Selepas tamatnya anugerah berprestij itu, Faizal Tahir yang memenangi anugerah Penyanyi Lelaki Popular empat berlari ke arah peminat yang telah menjerit-jerit namanya. Kemudian peminatnya menyanyi beramai-ramai lagu popular Faizal, Gemuruh dengan sepenuh hati.
# Tidak ramai artis yang terus ke acara post party selepas anugerah tersebut. Misalnya, Yuna, Rita Rudaini. Begitu juga dengan Maya Karin dan Bront Palarae yang dikatakan datang bersama dan pulang bersama selepas acara berkahir. Ada sesuatu ke dalam hubungan mereka? Masih belum pasti.
# Peminat dan penonton yang fanatik tidak jemu menunggu dan menanti artis di luar kawasan restoran Terrace Coffee iaitu tempat berlangsungnya post party untuk berpeluang mengambil gambar bersama mereka.

Total Pageviews