Thursday, February 3, 2011

Analisis Pilihanraya Dun Tenang

4 Februari 2011-Pilihanraya Dun Tenang telah berlalu, dengan rasminya BN menang besar dengan mejoriti undi 3707. Calon BN mohd Azhar Ibrahim mendapat 6,699 undi berbanding calon PAS Normala Sudirman hanya mendapat 2992 undi dan undi rosak 142.



Mengikut perangkaan BN telah menawan kembali 2 kawasan kubu kuat pembangkang yang mejoritinya pengundi Cina iaitu di Bandar Labis Timur dan Labis manakala kawasan Labis Tengah undi masih berpihak kepada pembangkang. Mengikut statistik di Labis Timur  BN mendapat 669 undi dan Pas pula 632 manakala di Labis BN memperoleh 380 undi dan Pas 337 undi. Bandar Labis Tengah BN mendapat 365 undi dan Pas 851.



Jika di kaji keseluruhanya di 3 kawasan tersebut BN tetap mendapat undi yang rendah berbanding PAS iaitu BN hanya mendapat 1414 undi berbanding PAS mendapat1820.Di sini menunjukan parti pembangkang masih menguasai kawasan2 tersebut di mana pengundi cina masih memihak kepada pembangkang. Di sini MCA dan Gerakan mesti memainkan peranan dan kerja keras untuk menghadapi pilihanraya ke 13 yang akan datang.Undi melayu masih memihak BN dan undi dari kaum India makin meningkat.



Di sini dapat di simpulkan BN perlu bekerja keras untuk menghadapi pilihanraya ke 13 terutama di kawasan pengundinya mejoriti kaum Cina. Bagi saya yang ternyata sukar untuk di hadapi adalah Pulau Pinang yang banyak pengundi kaum Cina, disini Presiden MCA dan Gerakan iaitu Datuk Chua Sok Lek dan Tan Sri Koh mesti melakukan sesuatu perubahan dan kerja keras jika tidak tentu ia akan memberi impak kepada BN dalam pilihanraya yang ke 13 nanti...
me : mykopiee boy

Total Pageviews