Tuesday, March 1, 2011

Filem terhebat 2011 – Kongsi dan Hikayat Merong Mahawangsa


|
Hi guys. Sejak awal tahun 2011 sehingga hari ini, kita disajikan dengan pelbagai filem tempatan. Ada darinya yang benar-benar hebat dan membuatkan kami berpuas hati selepas menonton. Dan ada antaranya cuma biasa-biasa sahaja bagi krew Oh! Artis sebagai seorang penonton biasa yang membayar tiket.
Ketika artikel ini kami keluarkan, sudah 28 Februari 2011. Ini bermakna tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk kita menonton dua filem tempatan yang pada kami, sememangnya filem wajib tonton. Bukan sahaja wajib tonton, malah dua filem ini adalah filem wajib tonton pada hari pertama ditayangkan! Kalau menonton pada hari kedua pun, pasti rugi.
Filem yang Oh! Artis maksudkan adalah filem Hikayat Merong Mahawangsa terbitan KRU Studios yang akan ditayangkan pada 10 Mac 2011 ini dan juga filem Kongsi “Lu Langsi Lu Mati” terbitan MIG Production Sdn. Bhd. (MIG) yang akan ditayangkan pada 12 Mei 2011 ini.
Apapun kami sekadar ingin mengulas mengenai filem Kongsi untuk artikel kali ini.

Respon kami

Melihat dari pelakon utamanya seperti Sam Shaheizy sebagai ahli kongsi gelap dan Farid Kamil sebagai Inspektor Polis, benar-benar menggambarkan filem aksi ini pastinya terhasil dengan begitu hebat lagi. Lebih-lebih lagi apabila Farid Kamil turut mengambil tanggungjawab untuk mengarahkan filem ini (walaupun failed pada percubaan mengarah filem V3 mungkin kerana banyak yang dipotong pihak penapisan filem dan terus mencacatkan perjalanan cerita tersebut). Kami pasti akan menonton filem ini nanti dan memberikan review yang honest kepada semua pembaca Oh! Artis. InsyaAllah.
Filem Kongsi ini juga buat pertama kalinya disertai pihak PDRM dengan begitu hebat sekali dengan memusnahkan beberapa kereta polis dan membawa masuk Evo Polis ke dalam filem sekaligus memperkenalkan kehebatan dan ketangkasan pihak PDRM keseluruh dunia ke mana sahaja filem ini di bawa.

Trailer

Sinopsis Filem Kongsi

Filem ini adalah filem aksi komedi mengisahkan penyiasatan ASP Shariff terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di sekitar Kuala Lumpur. Kumpulan kongsi gelap ini terdiri daripada tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India yang selalu bergaduh selepas berlakunya sesuatu kes pembunuhan.
ASP Shariff akhirnya berjaya mengesan seorang pembunuh upahan bernama Tumulak yang terpaksa melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Pelbagai peristiwa berlaku disebabkan perbuatan Tumulak dalam usahanya menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap itu.
ASP Shariff yang ditugaskan membanteras pergerakan kongsi gelap ini berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam usahanya. Dia juga diugut apabila anak dan isterinya diculik.

Rakaman ketika Shooting

Jika filem tempatan kita sentiasa lahir dengan berani mengeluarkan modal/bajet setinggi dua filem ini untuk hasil yang tidak nampak seperti filem tempatan kita sebelum ini, kami pasti filem negara kita juga pasti dapat diterima seluruh penonton di dunia. Apapun yang penting, sokongan kita rakyat Malaysia diperlukan dahulu untuk merealisasikan misi tersebut. Usah bangga dengan filem luar jika filem kita wajah kita, tetap langsung tidak dipandang.
OHARTIS: TAK PERNAH LAGI MENONTON FILEM SAM SHAHEIZY YANG TAK BEST. GILA HEBAT BROTHER KITA NI!

Total Pageviews