Wednesday, March 23, 2011

Erra Fazira Dimadukan, Suami Main Kayu Tiga, Motif?


Pagi ini, beberapa slot hiburan memaparkan berita mengenai gosip Erra Fazira dimadukan, dan kini tinggal berasingan dengan suaminya iaitu Engku Emran Engku Zainal Abidin. Seingat Ai, ini bukan pertama kali gosip seperti ini kedengaran, macam gosip basi pun boleh jadi juga.
Ai tak pernah pula dengar rakan-rakan wartawan bercerita pasal ni, tup tup pagi ini keluar segala macam kenyataan Erra Fazira mengenai gosip dimadukan. Nak kata Ai ketinggalan zaman, rasanya tidak. Apabila Ai siasat, rupa-rupanya ada orang yang bertanya sama ada Erra Fazira dimadukan atau tidak. Adoi, Ai yakin ‘orang itu’ terambil gosip zaman dahulu kala. Boring!
Rasanya, ramai yang tahu mengenai konflik Ziana Zain, Erra Fazira & Ning Baizura bersama sebuah majalah tempatan tempoh hari. Ceritanya, orang majalah merungut kerana Ziana Zain, Erra Fazira & Ning Baizura tidak memberikan kerjasama yang baik serta berlagak diva sepanjang berlangsungnya sesi photoshoot.
Apa yang Ai tahu, Ziana Zain enggan menyarung baju yang disediakan oleh pihak majalah kerana baju tersebut tak sesuai dengan imejnya sebagai ibu & juga artis yang dihormati. Bayangkan, sepanjang penglibatan Ziana Zain sebagai penghibur, amat jarang sekali Ai dengar gosip-gosip yang kurang enak terhadap Ziana. Tak mungkin Ziana Zain nak timbulkan kontroversi dengan berpakaian seksi seperti yang diminta oleh majalah tersebut.
Erra berkata, “Sebagai seorang kawan, saya juga terasa hati apabila ada pihak yang memburukkan Ziana Zain. Mereka sepatutnya research dahulu sebelum memilih pakaian untuk kami. Walaupun begitu, kami tidak berhasrat untuk mengambil sebarang tindakan kerana enggan memanjangkan isu ini lagi .”

Total Pageviews