Tak habis dengan perang Twitter yang hangat dilancarkan antara pelakon wanita kontroversi, Rita Rudaini dengan adik iparnya sendiri, Zaquan Adha. Sengaja kami letak tajuk sebegitu, bukan apa, kan Zaquan Adha kembar kepada suaminya sendiri, Aidil Zafuan.
Seharian berita hangat mereka berdua diuar-uarkan di laman tabloid tempatan dan juga blog-blog hiburan lain. Namun, mungkin sebab tak sedar diri diperhatikan atau memang sengaja ingin menambah resepi dalam kehidupan, Rita Rudaini tetap dengan pendiriannya yang ego.
Menurut laman Twitter Rita, dia menuduh Zaquan Adha pernah menggugurkan kandungan bersama seorang wanita lain tapi tidak dapat dipastikan samada ketika Zaquan sudah berkahwin dengan Ayu Raudhah atau belum. Tidak cukup dengan itu, Rita turut memberitahu sebab dia tidak pulang ke rumah mentuanya adalah kerana dia tidak sukakan Zaquan kerana perangai buruknya.
Umum tahu sebelum ini pun, Rita Rudaini pernah mengalami masalah rumah tangga ketika bersama suaminya, Aidil Zafuan. Susah nak dijangka, jika sebut Rita Rudaini pasti masalah keluarga yang timbul.
Lain pula jawapannya dari Zaquan Adha, dia yang kecewa dengan perangai kakak iparnya turut menyuarakan perasaan ketika ditemubual wartawan mStar Online.
Terlalu banyak tuduhan berbaur negatif yang dia (Rita) lemparkan kepada saya. Terus terang saya katakan, dengan apa yang ditulis dalam Twitter itu sebenarnya berbaur ugutan kepada saya. Sudahlah ibu dan ayah saya tidak sihat, jika mereka dapat tahu tentang hal ini, mereka pastinya kecewa. – dipetik dari mStar Online.
Zaquan turut memberitahu tiada sebab untuk dia menjadi ‘batu api’ dalam hubungan rumah tangga abangnya. Untuk apalah seorang adik lagi-lagi seorang kembar untuk merosakkan hubungan adik-beradiknya bukan?
OHBULAN! syak ini mungkin satu kontroversi dan tuduhan yang sengaja ditimbulkan oleh Rita Rudaini untuk mengelak dari tuduhan Zaquan Adha. Mungkin juga Zaquan Adha sengaja menggunakan alasan kekeluargaan untuk mempertahankan diri dari tuduhan Rita Rudaini?
Setakat ini, tiada kenyataan balas dari suami Rita Rudaini mengenai pergaduhan antara adik dan isterinya. Barangkali esok akan ada lagi pergaduhan terbaru antara mereka berdua, siapa tahu?