Friday, February 3, 2012


Tak putus fitnah Apek


KOTA BHARU: Penjaga gawang skuad bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 23, sekali lagi menjadi mangsa fitnah apabila didakwa sebagai punca terputusnya ikatan pertunangan anak lelaki seorang usahawan terkenal di negeri ini yang hanya bertahan selama 28 hari.
Penyebaran fitnah itu bermula apabila seorang individu tidak dikenali menghasilkan satu akaun twitter pada 1 Februari lalu yang mendakwa Khairul Fahmi atau terkenal dengan panggilan Apek merampas tunang orang dan seorang gadis yang dikenali sebagai Leuniey berusia 21 tahun sanggup memutuskan pertunangan untuk menjalin hubungan dengan Khairul Fahmi. 
Dakwaan itu kemudian dipetik di beberapa laman blog hiburan, semalam.

Wartawan Harian Metro yang mendapatkan penjelasan daripada bekas tunang Leuniey semalam mengesahkan hubungan mereka berakhir pada 14 Januari lalu selepas bertunang pada 16 Disember tahun lalu.

Hattan – Saya Tidak Mahu Buka Aib Orang


Hattan – Saya Tidak Mahu Buka Aib Orang

Sejak kebelakangan ini penyanyi Hattan tidak lekang dengan kontroversi. Baru-baru ini dia telah bercerai selepas dua bulan berkahwin dengan seorang ahli perniagaan bernama Farah Asyikin Othman, dan yang terbaru, dia didakwa memperdayakan bekas vokalis kumpulan Baji, Abang Yusuf Abang Daud, 36, dan isterinya, Noor Maszura Abu Bakar, 30  hingga mereka diisytiharkan muflis dan berhutang RM 1 juta.
Berkenaan berita itu, Hattan telah memberitahu Harian Metro:-
Saya tak baca berita itu tetapi saya ada mendengar mengenainya tetapi saya tak mahu komen lebih-lebih. Apa cerita sebenarnya hanya saya, mereka dan Allah SWT yang tahu.
Tambah Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Sha-habudin, dia tahu apa yang dia lakukan:
Saya pernah tolong mereka dengan membawa Yusuf ke persembahan pentas tetapi tak perlulah saya cakap lebih-lebih berkenaan dakwaan mereka itu kerana saya tak mahu membuka aib orang. Tetapi kalau dia mahu menjatuhkan saya, terpulanglah. Sekiranya selepas ini saya terpaksa pergi ke mana-mana dengan menaiki bas, saya naiklah bas.
Hidup macam inilah, apabila kita berjaya dan sudah berada di atas, ada saja pihak yang dengki serta tidak suka tengok kita senang. Selalunya apabila timbul cerita macam ini atau kontroversi lain, saya buat tak tahu kerana kalau ambil tahu pun, buat sakit kepala saja.
Malah kata Hattan lagi, dia akan menumpukan  membuat banyak kebajikan pada tahun ini:
Sekarang saya mahu rileks dan insya-Allah tahun ini saya mahu mengerjakan fardu haji serta memperbanyakkan kerja kebajikan bagi membalas balik jasa masyarakat yang menyokong saya selama ini.
Untuk makluman anda sepasang suami isteri tersebut beberapa hari lepas mendakwa mereka menanggung hutang hampir RM1 juta dan diisytiharkan muflis akibat diperdaya Hattan disebabkan penyanyi terbabit gagal menjelaskan pelbagai jenis pinjaman bank berjumlah RM929,503. Noor Maszura berkata, semuanya bermula apabila dia dan suaminya dilantik oleh penyanyi terbabit sebagai pengarah syarikat rakaman miliknya pada Disember 2002.
Rupa-rupanya dia mempergunakan kami berdua untuk dia membuat pelbagai pinjaman bank dan kami diarahkan menjadi penjamin dengan alasan kami pengarah syarikat.
Tambah beliau, pada 2003 penyanyi terbabit membeli sebuah Mercedes Benz berharga lebih RM400,000 diikuti kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima dengan menjadikan mereka sebagai penjamin pinjaman.
Tak tahulah siapa yang salah atau betul, tetapi kami berharap satu keputusan yang tidak merugikan kedua-dua belah pihak akan dicapai selepas ini.

Thursday, February 2, 2012

Panas: Khairul Fahmi Kini Bercinta Dengan Gadis Kelantan Baru Bernama Leuniey?


Tak habis dengan pelbagai kontroversi, kali ini Khairul Fahmi Che Mat atau mesra dengan panggilan Apex sekali lagi dituduh bercinta dengan gadis lain.
Kali ini lebih panas dan lebih hangat, menurut sumber yang telah membuat akaun Twitter bernama @ telah menghebahkan pelbagai cerita mengenai Apex di laman Twitter-nya sejak semalam. Antara tuduhan yang dibuat ialah Apex telah memutuskan hubungan dengan Dahlia Teck dan kini bercinta dengan seorang gadis bernama Leuniey.
Difahamkan gadis bernama Leuniey ini adalah tunangan orang dan selepas dua minggu bertunang, Leuniey telah memutuskan ikatan suci ini semata-mata hanya untuk mencurahkan kasih sayangnya kepada penjaga gol paling macho Malaysia, Apex.
Tapi siapa tahu kan, mungkin ini semua hanyalah kontroversi yang sengaja ditimbulkan oleh pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan Apex. Namun, jika tiada angin, masakan pokok boleh bergoyang. Tidak mahu menuduh siapa-siapa, ini adalah gambar wanita yang dikatakan oleh @, jika anda kenal gadis bernama Leuniey ini maka anda bolehlah tolong sahkan untuk kami ya.
Cantik juga gadis ini kan? Menurut @ yang kami yakin adalah orang Kelantan berdasarkan pertuturannya didalam akaun Twitter, Apex dikatakan selalu keluar bersama Leuniey dan dilihat oleh orang ramai.
Hairan juga kami, begitu ramaikah wanita yang menggilai Khairul Fahmi si penjaga gol negara kita? Tidak tahu lah benar atau tidak sehinggakan Leuniey sanggup putus tunang untuk Khairul Fahmi. Kami akan cuba hubungi Dahlia Teck untuk kepastian samada mereka berdua sudah berpisah atau belum.
Namun jika anda turut mengenali siapa @ atau Hisham jika diterbalikkan namanya, pun turut boleh beritahu kepada kami ya!

73 Killed As Egyptian Soccer Fans Riot on Field Following Al-Masry Versu...



70 DEAD/MATI :BREAKING NEWS: Egyptian soccer pitch invasion leaves 70 dead and numerous injured


BREAKING NEWS: Egyptian soccer pitch invasion leaves 70 dead and numerous injured

Port Said : Egypt | Feb 01, 2012 at 7:51 PM PST

Next
Egypt
Egyptian soccer pitch invasion leaves 70 dead and numerous injured
 
Fans of Egypt's Zamalek football club storm the pitch
Uptill now more than 70 are dead and 1000 people are injured after a football pitch invasion took place just few hours ago.
Th tragic incident occured in the city of Port in Egypt where the match between the two teams playing at the time. One was Al Ahli, one of Egypt’s most successful clubs while the other one was Al Masry which is based in Port.Al-Masry, secured a rare 3-1 victory against Al Ahli.

Trouble statred as fans started swarming over the pitch seconds after the final whistle of the match.
One of the player described the scene as follows:
“This is not football. This is a war and people are dying in front of us. There is no movement and no security and no ambulances,”
“I call for the premier league to be cancelled. This is horrible situation and today can never be forgotten.”
Majority of the people died from suffocation and head wounds while some from the stab wounds. The death toll is 73 at the time accorfding to the doctots which is increasing.

Laterhe Egyptian army was being airlifted in by helicopter to rescue stranded players who became trapped in the changing rooms.

Wednesday, February 1, 2012

Buku Jingga tak sesuai di Kedah


Buku Jingga tak sesuai di Kedah

ALOR SETAR 1 Feb. – Datuk Seri Azizan Abdul Razak ternyata tidak gentar dengan kritikan sekutu Pas iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mengenai tindakan beliau tidak mematuhi apa terkandung dalam Buku Jingga yang dikeluarkan pakatan itu.
Ia terbukti apabila hari ini, Menteri Besar Kedah itu secara terbuka berkata, pelaksanaan apa yang terkandung dalam buku itu yang juga manifesto Pakatan Pembangkang bergantung kepada kesesuaian sesuatu negeri.
Sehubungan itu beliau menegaskan, terdapat perkara-perkara dalam buku manifesto berkenaan yang perlu ditangguh pelaksanaannya sehingga suasana mengizinkan dengan mengambil kira keadaan politik dan masyarakat setempat.
“Kita menghormati Buku Jingga tetapi ada benda-benda yang kadang-kadang kita boleh guna sekarang dan yang tak boleh lagi sebab setiap negeri itu ada masalah tertentu,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darulaman di sini.
Sebelum ini Azizan dikritik oleh pemimpin kedua-dua parti itu kerana didakwa tidak mematuhi apa yang terkandung dalam Buku Jingga berhubung isu penggantungan lima mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) baru-baru ini.
Ia memandangkan mereka membuat tafsiran bahawa Azizan yang juga Pengerusi KUIN mengambil tindakan berlandaskan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) manakala dalam Buku Jingga dicadang dimansuhkan jika pembangkang memerintah negara.
Mengulas lanjut, Azizan berkata, tindakan tidak mematuhi sebahagian kandungan Buku Jingga bukan bererti beliau menolak buku tersebut tetapi berpendapat janji-janji dalam buku itu lebih sesuai dilaksanakan jika pakatan pembangkang memerintah negara.
“Sebagai contoh, dalam al-Quran, hukum mencuri adalah potong tangan tetapi terdapat juga kes pada zaman dahulu pencuri tak dipotong tangan kerana tahun itu berlaku kebuluran, jadi maknanya tak melaksanakan hukum itu bukan bererti menolak al-Quran tetapi mengambil kira suasana untuk memberi keadilan,” jelasnya.
Justeru, beliau telah menghubungi Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pada masa sama akan menghantar pegawainya ke Kuala Lumpur untuk menjelaskan isu penggantungan pelajar KUIN itu kepada Pas Pusat.
Sementara itu, kata Azizan, terserah kepada pucuk pimpinan Pas Pusat sama ada memilih beliau bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 atau sebaliknya.
Pesuruhjaya Pas negeri itu berkata, jika Pas Pusat tidak mahu beliau bertanding lagi menjadi calon pilihan raya maka beliau akan akur dan berhenti daripada memegang jawatan.
“Itu hak Pas Pusat dan pemimpin di atas, kalau tak beri bertanding maka saya berhenti tetapi selagi saya di sini maka saya buat kerja macam biasa,” katanya.

Jutawan Safee


Jutawan Safee


Ibu dan ayah Safee, Sali Mian dan Maripah Husin turut hadir pada majlis menandatangani kontrak bersama Pelita Jaya FC di Jakarta, Indonesia semalam. Safee akan bermain untuk tempoh dua tahun lagi. - UTUSAN/sAHARUDIN MUSTHAFA


JAKARTA - Kontrak baru bernilai lebih RM2 juta yang ditandatangani Safee Sali dengan kelab Pelita Jaya FC untuk tempoh dua tahun akan datang menyenaraikan pemain itu sebagai pemain bola sepak Malaysia bertaraf jutawan.
Tawaran kontrak bernilai RM2 juta itu juga sekali gus menyaksikan kenaikan sekali ganda nilai tahunan kontrak Safee bagi tempoh dua musim akan datang itu.
Sebelum ini, kontrak sulung pemain itu dengan Pelita Jaya FC yang ditandatangani Januari tahun lalu bernilai AS$150,000 (RM456,000) untuk tempoh setahun.
Pakej lumayan yang ditawarkan oleh Pelita Jaya FC kepada pemain kebangsaan Malaysia itu merangkumi gaji, bonus tetap perlawanan, rumah, kenderaan, pemandu peribadi serta faedah-faedah lain.
Sebagai pemain import bagi kelab yang berasal dari Jakarta ini juga, Safee diberi penghormatan untuk mengekalkan kedudukannya sebagai Ketua Pasukan Pelita Jaya FC.
Menurut pengurus Safee, Zakaria Rahim, pengurusan Pelita Jaya FC juga menjanjikan pakej tambahan iaitu mengukuhkan imej pemain tersebut menerusi peluang muncul sebagai jurucakap produk-produk iklan di seluruh Indonesia.
"Pelita Jaya FC akan mendapatkan kontrak iklan daripada syarikat-syarikat yang memerlukan imej Safee bagi tujuan pengiklanan dan pemasaran," kata Zakaria kepada wartawan ketika ditemui selepas majlis pengumuman Safee kekal bersama Pelita Jaya FC untuk tempoh dua tahun lagi di sini, semalam.
Selain Safee, hadir sama pada majlis pengumuman tersebut ialah pengurus besar pasukan, Iwan Budianto dan pengurus pasukan, Lalu Mara.
Pada masa sama, Zakaria berkata, Pelita Jaya FC juga komited untuk mencari ruang dan peluang kepada Safee serta rakan sepasukannya untuk bermain dengan mana-mana kelab milik penuh Pelita Jaya Cronus.
Antara kelab-kelab yang dimiliki penuh oleh Pelita Jaya Cronus selain Pelita Jaya di Indonesia ialah Brisbane Roar FC di Australia yang akan bermain di AFC Champions League 2012.
Tidak ketinggalan CS Vise di Belgium, kelab Divisyen 2 Liga Belgium dan SAD Uruguay - sebuah kelab pembangunan pemain remaja di Uruguay.
Pelita Jaya FC juga mempunyai hubungan yang amat akrab dengan beberapa kelab lain di dunia seperti lima buah kelab di Liga Brazil yang antaranya Flamengo FC.
Sementara di Eropah pula, antara kelab yang mempunyai hubungan baik dengan Pelita Jaya FC ialah Ajax Amsterdam FC di Belanda.
Pelita Jaya Cronus juga pernah memiliki sebuah kelab Liga Perdana Inggeris iaitu Leicester City FC tetapi telah menjual pemilikan.
Perkembangan karier pemain berusia 28 tahun itu bersama Pelita Jaya FC turut membuka ruang kepadanya sebagai Duta Sekolah Bola Sepak Pelita Jaya di Sawangan, Jawa Barat, Indonesia.
Sementara untuk jaminan masa depannya pula, pengurusan sedang berbincang untuk membolehkan Safee diberi sejumlah unit pemilikan saham dalam Akademi Bola Sepak milik Pelita Jaya FC.
Akademi tersebut mempunyai sebanyak 600 pelajar di Jakarta sahaja selain memiliki rangkaian cawangan di daerah lain di Indonesia.
Selain Pelita Jaya, Safee juga ada mendapat beberapa tawaran lain antaranya Muangthong FC dan Buriram FC di Thailand.
Khidmat Safee juga diperlukan oleh empat pasukan bola sepak dari Malaysia termasuk Kelantan FA, Negeri Sembilan FA, Johor FC dan Johor FA selain pasukan Selangor FA yang sentiasa bersedia bila-bila masa sahaja untuk Safee kembali kepangkuan mereka.
Sebelum ini, laporan turut menyebut, Safee menerima pelawaan dari pemilik Cardiff City FC untuk bermain di sana tetapi harus melalui proses bermain bersama kelab di Eropah yang mempunyai afiliasi dengan Cardiff City untuk tempoh sekurang-kurangnya setahun dulu.
Menurut Zakaria lagi, keputusan yang dibuat oleh Safee untuk terus kekal dengan Pelita Jaya FC selepas berfikir dengan semasak-masaknya dengan mengambil kira pelbagai aspek dan risiko. - UTUSAN

Total Pageviews