Monday, April 4, 2011

mykopiee boy: Nurul Syuhada, Dr Faiz putus cinta

mykopiee boy: Nurul Syuhada, Dr Faiz putus cinta: "UMUM sedia maklum, hubungan istimewa yang terjalin antara personaliti TV3 dan pengacara Malaysia Hari Ini (MHI), Nurul Syuha..."

Nurul Syuhada, Dr Faiz putus cinta


UMUM sedia maklum, hubungan istimewa yang terjalin antara personaliti TV3 dan pengacara Malaysia Hari Ini (MHI), Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain, 26, dengan calon Angkasawan Kedua Negara, Mejar Dr Mohd Faiz Khaleed, bukan lagi satu rahsia. Mereka sebelum ini tanpa berselindung mengakui berkawan rapat, namun belum bersedia menempuh gerbang perkahwinan lantaran kesibukan masing-masing.

Nurul yang pernah mengendalikan program Nona dan Majalah 3, sebelum ini membuat kenyataan kepada Harian Metro terbitan 28 Ogos 2009, mendakwa dia masih berkawan rapat dengan Dr Faiz dan tiada sebarang masalah antara mereka, gara-gara wujudnya gosip yang menyatakan hubungan cinta antara mereka sudah putus seperti tersebar di internet. Pemilik Ijazah Sarjana Muda Sains Marin,Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu dikatakan bakal bertunang dengan Dr Faiz pada 4 Julai 2009, namun terpaksa dibatalkan pada saat akhir, kononnya Nurul menjalin cinta dengan lelaki lain.

Sebaliknya Nurul menjelaskan, majlis pertunangan berkenaan terpaksa ditangguhkan sementara atas persetujuan bersama kerana mereka sibuk dengan komitmen masing-masing. Ini bermakna Nurul dan Dr Faiz masih bercinta, namun jodoh mereka belum sampai untuk disatukan ke satu fasa lebih kukuh.

Justeru, ketika bertemu Nurul pada sidang media pengumuman calon Top 5 ABPBH2010 baru-baru ini, Zubir terus menyapa Nurul yang sekali lagi tercalon untuk kategori Pengacara TV Wanita Popular dengan pertanyaan selamba: “Haa Nurul, kau bila nak kahwin?” Maksud Zubir dengan Dr Faiz.

Dengan spontan dan selamba juga Nurul membalas pertanyaan Zubir: “Kami dah tak ada apa-apa Abang Zubir, dah putus...”

Antara percaya dan tak percaya saja dengan pengakuan Nurul itu, tapi apabila kenyataan itu keluar sendiri daripada mulut si empunya diri, Zubir mengklasifikasikan sebagai sesuatu yang sahih. Mungkin, Nurul ada alasan tersendiri mengapa percintaan itu tidak mampu diselamatkan.

Zubir percaya, sekiranya kuat jodoh antara mereka, tiada siapa mampu menduga, suatu hari nanti impian untuk naik pelamin, pasti terlaksana, insya-Allah.


Maka nya, kira nya, kenyataan teropong abg Zubir nie betul, wahai peminat dan pencinta NURUL SYUHADA NURUL AIN, apa lagi....rebut peluang anda....

mykopiee boy: Sindiket Tipu : Gadis Muda Tawar Seks Di Facebook

mykopiee boy: Sindiket Tipu : Gadis Muda Tawar Seks Di Facebook: "ShareSindiket Tipu : Gadis Muda Tawar Seks Di FacebookDikemaskini oleh M pada April 4th, 2011Random Issues 13 ResponKami mener..."

Sindiket Tipu : Gadis Muda Tawar Seks Di Facebook



Sindiket Tipu : Gadis Muda Tawar Seks Di Facebook

Dikemaskini oleh M pada April 4th, 2011
Random Issues 13 Respon
Kami menerima aduan pembaca prihatin dengan sindiket penipuan yang mempergunakan gadis muda untuk menawarkan perkhidmatan seks secara terbuka di Facebook. Hasil tinjauan kami mendapati, modus operandi gadis muda ini yang beridentiti Nurhidayu Sulaiman meletakkan harga sebanyak RM200, boleh dibayar secara tunai atau secara topup. Tidak dapat dipastikan sama ada identiti gadis ini adalah benar atau tidak. Namun nombor telefon yang dipaparkan mungkin boleh diperiksa oleh orang-orang telco.
Kami meninjau di bahagian info, seperti yang dijangkakan suspek tidak mahu wang ditransaksikan menerusi bank, sebaliknya memilih kaedah pos. Suspek ini nampaknya agak bijak untuk memperdayakan harimau yang lapar. Bukan apa, kalau berikan nombor akaun bank, sudah tentu identitinya bocor.
Suspek ini juga mengguna gambar yang mengiurkan untuk mengoda mana-mana mangsa yang akal pendek. Kemungkinan besar, gambar-gambar tersebut bukan miliknya.
Untuk khidmat masyarakat, kami sarankan anda supaya berhati-hati dengan sindiket penipuan seperti ini dan sebarkan kepada insan tersayang agar mereka tidak ditipu sewenang-wenangnya. Atau lebih mudah, klik facebook suspek & ‘report/block this person”. At least, tugas kita sebagai pembaca walaupun kecil, dapat membanteras gejala sialan ini.

Shaheizy Sam Rangkul Bintang Paling Popular ABPBH 2010


Shaheizy Sam Rangkul Bintang Paling Popular ABPBH 2010

Dikemaskini oleh M pada April 4th, 2011
Undian terkumpul berjumlah 126128 menobatkan Shaheizy Sam, hero filem Adnan Sempit & Ngangkung membawa pulang anugerah Bintang Paling Popular ABPBH 2010, sekaligus menepati ramalan asal kami.
Ketika ucapan penghargaan dibuat, jelas tampak di wajah Sam kejutan yang tidak terhingga. Dan, kami rasa Sam merupakan Bintang Paling Popular pertama yang membawa ibunya naik sama ke pentas untuk menerima anugerah berprestij ini. Menurut ibu Khaty, dia mengakui bahawa dia selalu menghantar borang undian & SMS setiap hari RM20.
Sempat lagi Sam berseloroh, mengucapkan terima kasih kepada Datuk Siti Nurhaliza kerana menarik diri. Kata Sam, “Terima kasih kepada Datuk Siti Nurhaliza kerana menarik diri, kalau tidak memang takde peluanglah jawabnya”. Gamat satu dewan gelak.
Ketika sidang akhbar diadakan, Sam tidak putus-putus mengucapkan tanda terima kasih kepada ibunya yang selama ini menjadi tulang belakang kepada kejayaannya.
Dengan air mata yang bercucuran, Sam berkata, “Dia yang membesarkan saya selama ini. Kejayaan saya pada malam ini adalah berkat sokongan daripadanya. Saya hendak buat yang terbaik adalah untuk dia. Saya teringat susah-payah yang terpaksa emak saya lalui untuk membesarkan saya selama ini.
Tanpa dia, saya tidak akan berada di sini. Sebab itulah, apabila saya diumumkan sebagai pemenang, saya mahu berkongsi kegembiraan itu dengannya. Hidup saya adalah untuk emak saya.” Gua Malaysia.
Sekalung tahniah buat Sam, semoga dapat mengekalkan momentum sebagai pelakon paling popular untuk tahun seterusnya. Elakkan kontroversi ya!

Saturday, April 2, 2011

mykopiee boy: Amy Search, Dilantik Sebagai Pengetua AF9.

mykopiee boy: Amy Search, Dilantik Sebagai Pengetua AF9.: "Amy Search, Dilantik Sebagai Pengetua AF9.Dikemaskini oleh M pada April 3rd, 2011Celebriti & E-News 0 ResponBukan satu kejuta..."

Amy Search, Dilantik Sebagai Pengetua AF9.


Amy Search, Dilantik Sebagai Pengetua AF9.

Dikemaskini oleh M pada April 3rd, 2011
Bukan satu kejutan pun, nama Amy Search memang dalam jangkaan kami. Kiranya, kami memang tabik spiring terhadap ‘orang dalam’ kami yang membocorkan rahsia ini. Terlebih dahulu, kami mengucapkan tahniah buat Amy Search yang telah diberikan kepercayaan oleh pihak Astro untuk menerajui Akademi Fantasia 9. Paling istimewa, AF9 merupakan musim terakhir yang akan diterbitkan.
Ada juga kami menerima cadangan pihak tertentu untuk membuat konsert All Star Akademi Fantasia. Konsepnya sama seperti Maharaja Lawak. Imbas kembali, sejak musim pertama AF, sudah 8 orang ditabalkan sebagai juara. Bermula daripada Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Mila, Stacy, Hafiz & Shahir. Untuk musim terakhir pula, berdasarkan pemerhatian kami di konsert tirai, masih belum ada yang kami berkenan di hati. Tidak mengapa, bagi chance dulu.
Mengenai ura-ura Ahmad Dhani sebagai pengetua pula, ada yang agak kecewa apabila selebriti besar Indonesia itu tidak menerima restu daripada majoriti rakyat Malaysia. Kata mereka, kalau Ahmad Dhani masuk, at least boleh guna backdoor untuk membolosi pasaran Indonesia.
Itu kata mereka, masing-masing ada pendapat sendiri. Kami pula tidak kisah, mana-mana selebriti pun okay, janji pengalaman yang dibawa oleh selebriti itu memang champion.
Sekali lagi, kami ucapkan tahniah buat Amy Search. And please, no more feewit kay?

Total Pageviews