Thursday, February 10, 2011

PENYAKIT DAN GAYA HIDUP MASYARAKAT MALAYSIA

10Januari2011- Mengikut kajian dan statistik kebanyakan rakyat malaysia mempunyai pelbagai penyakit terutamanya kencing manis,darah tinggi,buah pinggang,batu karang,jantung dan sebagainya. Sebagai salah seorang yang terlibat dalam industri pharmaceutical, saya sering kali mengunjungi hospital2 di seluruh Malaysia,dan saya dapati hospital2 kita penuh sesak termasuk di unit pesakit luar. Kenapa jadi begini? Adakah gaya hidup masyarakat kita yang tidak mementingkan kesihatan tanpa menjaga pemakanan dan juga gaya hidup sihat.




Mengikut kajian banyak masyarakat kita kurang mengamalkan budaya hidup sihat seperti bersukan seperti berjogging,berbasikal dan sebagainya. walaupun usia kita telah mencapai 60 tahun keatas kita masih boleh mengamalkan budaya hidup sihat. Kurang kesedaran tentang perkara ini dalam masyarakat kita jadi Kementrian Kesihatan mesti memainkan peranan lebih agresif dengan lebih banyak kempen2 di media cetak atau media elektronik.Dagi segi pemakanan juga boleh menyebabkan penyakit. Masyarakat kita hari ini tidak menjaga pemakanan,lebih suka makanan berlemak,manis dan sebagainya seperti minuman teh tarik ,roti canai,nasi kandar dan sebagainya yang kebanyakan menpunyai kadar kolestrol yang tinggi.Banyak makanan berkhasiat seperti bijirin, sayuran dan roti adalah lebih baik.




Di sini pelbagai agensi swasta atau kerajaan perlu memainkan peranan dalam menyedarkan masyarakat kita betapa pentingnya menjaya kesihatan kita.




by:mykopiee boy

Total Pageviews