Wednesday, August 17, 2011

Fatwa sesat Nik Aziz: Berceramah terjerit-jerit, Ngaji senyap-senyap?


Fatwa sesat Nik Aziz: Berceramah terjerit-jerit, Ngaji senyap-senyap

Kalau dah nama pun khawarij, apa saja akan digunakan untuk menghalalkan cara.
Jika benar bagai dikata tidak boleh membaca quran menggunakan speaker, tak apalah kita terima. Apa hal pula dengan mengadakan ceramah politik PAS di dalam masjid terjerit-jerit menghentam kerajaan diselang seli dengan maki hamun.

Semua orang tahu bila tazkirah politik dari kaum puak khawarij ni bermula mesti cukup kuat, bising dan sengaja meninggikan suara. Sampai pecah speaker berasap amplifier dikerjakan oleh puak tu.

Pok nik,
mu ni cakap jangan la double standart, ceramah mu yang hina nabi apahal pulak? Boleh ka? Ceramah politik kaum puak mu dalam masjid boleh pulak? DAP masuk masjid pun boleh pulak?


KOTA BHARU -- Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju amalan bacaan al-Quran dibuat menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu mesyarakat sekitarnya.

Mursyidul Am PAS itu berkata perbuatan itu tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat setempat sehingga boleh menyusahkan mereka dan seseorang Islam harus menghormati masyarakat sekeliling dengan tidak membuat bising, walaupun dengan membaca al-Quran menggunakan pembesar suara.

Sehubungan itu, beliau menyokong tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang melarang bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu Subuh

Kenapa JK Fatwa Penang tunduk kepada anti-azan evangelis DAP?


MINIT MESYUARAT BERKAITAN

  • DR WAN SALIM BEKAS PENSYARAH ILMU KEMANUSIAAN USM , MERUPAKAN SEORANG YANG PRO ANWAR DAN PKR
  • TUAN HAJI ROSLI BIN OTHMAN ( UNIT DAKWAH JABATAN PELAJARAN PULAU PINANG. SUMBER TERDEKAT DI JPN DAN SEKOLAH MENYATAKAN BELIAU SEORANG YANG KUAT MENGKRITIK KERAJAAN DI BELAKANG TABIR)

BAGAIMANA AHLI MAJLIS FATWA TERDIRI DARIPADA SESEORANG YANG ADA KEPENTINGAN DALAM FAHAMAN POLITIK SESUATU PARTI?)


HANYA SATU HADIS SAHAJA DIJADIKAN RUJUKAN UNTUK DIBUAT FATWA?



Baca sepenunya di blog Badar Suci

Cadang baca juga ISUNYA PEMBESAR SUARA: MENGAPA CERAMAH/KULIAH MAGHRIB TIDAK DILARANG? di Badar Suci juga di sini

mykopiee boy: VIDEO MAJLIS MENGKRISTIAN ISLAM SERBUAN JAIS?Takya...

mykopiee boy: VIDEO MAJLIS MENGKRISTIAN ISLAM SERBUAN JAIS?Takya...: Takyah tunda Khalid, ini dia ... LAPORAN OPS AKIDAH DI GEREJA (Bhg 2) Bersambung dari Bhg 1 sini. Video part 2 di Skrewkuat sini 4. E...

mykopiee boy: VIDEO MAJLIS MENGKRISTIAN ISLAM SERBUAN JAIS?Takyah tunda Khalid, ini dia ... LAPORAN OPS AKIDAH DI GEREJA (Bhg 2)

mykopiee boy: VIDEO MAJLIS MENGKRISTIAN ISLAM SERBUAN JAIS?Takyah tunda Khalid, ini dia ... LAPORAN OPS AKIDAH DI GEREJA (Bhg 2)

VIDEO MAJLIS MENGKRISTIAN ISLAM SERBUAN JAIS?Takyah tunda Khalid, ini dia ... LAPORAN OPS AKIDAH DI GEREJA (Bhg 2)


Takyah tunda Khalid, ini dia ... LAPORAN OPS AKIDAH DI GEREJA (Bhg 2)

Bersambung dari Bhg 1 sini.


Video part 2 di Skrewkuat sini

4. ELEMEN YANG MENIMBULKAN SYAK

4.1 Walaupun dikatakan sebagai majlis berbuka puasa tetapi penunjuk arah dan itinerary program jelas mencatatkan bahawa majlis itu ialah "Thanksgiving Dinner" yang berunsurkan Kristian.

4.2 Hanya orang Islam yang dijemput khas telah hadir ke majlis tersebut dan ianya dibuat secara tertutup dan turut dihadiri orang bukan Islam.

4.3 Walaupun majlis itu adalah "Thanksgiving Dinner", terdapat usaha-usaha untuk mengelirukan orang beragama Islam kerana terdapat ciri-ciri tarikan iaitu:
4.3.1 Bunga manggar diletakkan di hadapan pintu masuk dewan tersebut.
4.3.2 Baju yang dipakai oleh peserta yang bukan beragama Islam iaitu baju kebangsaan, kebaya dan baju kurung.

4.4 Peserta (Islam) seramai 3 orang Islam cuba melarikan melalui pintu belakang secara senyap.

4.5 Nyanyian lagu ALHAMDULILLAH dan ALLAH AKBAR yang terdapat dalam tentatif sedangkan ia dilakukan di tempat yang tidak sepatutnya.

Sila baca analisa Skrewkuat sini 

4.6 Soalan kuiz Islam yang diberikan kepada peserta yang hadir.

4.7 Cebisan kertas soalan kuiz Islam yang siap di isi yang telah dikoyakkan oleh penganjur (dan dibuang ke dalam tong sampah di dalam dewan).

4.8 Majlis tersebut dilakukan di premis milik organisasi kristian iaitu Damansara Utama Methodist Church yang jelas ketara elemen-elemen Kristian yang mendedahkan unsur-unsur penarikan (Terutama sekali evengelical mission melalui papan kenyataan dan wall paper yang dipamerkan di dinding ruang legar premis tersebut.)

4.9 Ketika dan selepas pemeriksaan, penganjur beria-ia benar menyembunyikan fakta sebenar perjalanan program Thanksgiving Dinner itu terutama sekali engenai ucapan (testimony) yang dilakukanb oleh seorang yang dalam proses menukar agamanya dari Islam ke Kristian dan mereka yang berselindung di sebalik program Makan Malam Muhibbah atas semangat 1Malaysia.

4.10 Salah seorang yang mendakwa dirinya oenganjur utama telah ditanya secara lisan oleh Penguatkuasa JAIS kepadanya samada dia beragama Islam, dan dia menjawab "I Believe in God" dan enggan mengaku beragama Islam sedangkan berdasarkan kadpengenalannya jelas beliau seorang Islam.

5. PENAFIAN 

5.1 Tiada sebarang serbuah dilakukan, bahkan JAS telah melakukan rundingan sebelum melakukan pemeriksaan.

5.2 Panganjur dan JAS bersetuju untuk menjalankan pemeriksaan individu di dalam Dewan 3 berkenaan setelah Majlis selesai dijalankan.

5.3 Majlis tersebut dihadiri kemudiannya oleh wartawan. JAIS telah dituduh memanggil wartawan tersebut sedangkan tiada jemputan dibuat oleh JAIS.

6. PENUTUP

Laporan ini dibuat bagi memberi penjelasan berhubung kejadian sebenar yang berlaku semasa operasi yang dilakukan.


Disediakan oleh:

Penolong Pengarah (Perancangan & Stratejik)
Bahagian Penguatkuasaan
Jabatan Agama Islam Selangor

Tarikh: 4 Ogos 2011


-------------------------------------------------------------

Agak-agak Mat Sabu boleh terima atau nafi ada usaha untuk memurtadkan orang Islam?

Chegu Pa pula nak salahkan UMNO. JAIS bawah kerajaan Selangor yang mana Exco Hal Ehwal agama adalah orang PAS. Apa crita lu mahu belit woi!

Takyah tunda Khalid, ini dia ... LAPORAN OPS AKIDAH DI GEREJA (Bhg 1)

Semalam sepatutnya PAS bertemu denganb pihak gereja haram DUMC dan JAIS seperti diumumkan Haji Hadi, tetapi tiada apa yang berlaku.

Sebenarnya bukan saja Mat Sabu sudah konar baring dan akan tunggu laporan JAIS untuk menentukan ada tindakan memurtadkan, Tuanku Sultan pun sudah menegur PAS yang sebagai parti politik tidak layak jumpa JAIS. Tuanku sendiri sentiasa berhubung dengan JAIS dalam hal ini. perlu

Hanya MB Tan Sri Khalid Ibrahim memberitahu laporan lengkap sedang disiapkan oleh JAIS. Semalam juga 12 orang yang berada dalam DUMC hadhir ke pejabat JAIS bersama peguam dari Hishamuddin Lee.

Kami menjangkakan Kerajaan Negeri dan PAS akan "play down" perkara murtad dalam laporan JAIS disebabkan ia akan menjeratkan Khalid supaya melakukan tindak undang-undang. Kalau takut nak robohkan gereja haram DUMC yang tidak mengikuti peraturan guna tanah, ini pula nak lakukan tindakan undang-undang.

Dengan ini kami siarkan saja laporan JAIS yang sudah sedia oleh JAIS supaya ia sudah diketahui ramai. Jangan tanyalah macam mana kami boleh dapathahaha ...

-------------------------------------------------

LAPORAN OPS AKIDAH di GEREJA 


1. PENDAHALUAN

Laporan ini disediakan untuk memberi penjelasan berhubung operasi pemeriksaan orang Islam oleh Bahagian Pengutkuasaan Jabatan Agama ISlam Selangor di Kompleks Dream Center, sebuah kompleks yang disyaki beroperasi sebagai pusat komuniti dna gereja yang dijalankan pada 3 Ogos 2011 bersamaan 3 Ramadhan 1432 H beralamat di Dewan 3, Dream Center, Jalan 13/1, Seksyen 13, 46700 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

2. LATAR BELAKANG

2.1 Pemeriksaan dibuat berdasarkan maklumat yang mendakwa berkalkunya jemputan beberapa orang Islam ke Majlis berbuka puasa di gereja yang dinamakan "THanksgivng DInner" sepertimana alamat di atas.

2.2 Tindakan dibuat berdasarka peruntukan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) tahun 1995 iaitu Menghina atau mempersendakan ibadat Agama Islam di kalangan penganut Agama Islam sendiri.

2.3 Siasatan susulan juga akan dibuat mengikut peruntukan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalanagn Orang Islam) Negeri Selangor Tahun 1988 yang berkuatkuasa ke atas orang bukan Islam dan orang Islam.

2.4 Program Thanksgiving Dinner ini diyaki bertujuan meraikan kemasukan sebahagian orang-orang Islam itu ke agama Kristian sambil menghina dan mempersendakan agama Islam kononnya sebagai Majlis Berbuka Puasa dengan melibatkan orang ISlam sendiri.

2.5 Operasi ini disertai oleh 13 Pegawai Pengutkuasa Agama Jabatan Agama Islam Selangor dan dibantu oleh sepasukan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) seramai 20 orang dari IPD Petaling Jaya dan SEA PArk.

3. PELAKSANAAN OPERASI

3.1 Taklimat Operasi telah diberi di Bilik Gerakan Penguatkuasaan JAIS lebih kurang jam 8:40 malam.

3.2 JAIS seterusnya bergerak ke lokasi berkumpul di Balai Polis Daerah PEtaling Jaya dan taklimat kepada anggota PDRM telah diberikan sebelum ke lokasi sasaran.

3.3 Lebih kurang jam 9:20 malam, anggota terlibat telah bergerak ke lokasi sasaran dan tiba lebih urang jam 9:30 malam.

3.4 Tiba di lokasi, didapati kompleks tersebut lebih berbentuk kom0leks komuniti yang diletakkan tanda nama Dream Center secara menarik, manakala perkataan Damansara Utama Methodist Church lebih kecil dan kabur pada waktu malam. Keadaan di kawasan tersebut tenang dan pasukan peguatkuasa dan anggota PDRM terus ke tempat yang disyaki iaitu Dewan 3 tanpa disekat oleh pengawal keselamatan yang bertugas di pondok pengawal.

3.5 Di dapati juga tempat yang tertulis auditorium dan penunjuk arah yang tercatat program Thanksgiving di Hall 3. Pintu Dewan 3 itu dihiasi bunga manggar tetapi tertutup dan lebih kurang jam 9:45 malam, beberapa orang dari pasukan penguatkuasa memasuki ke dewan 3 tersebut tanpa halangan dan berdiri berhempiran pintu masuk dewan berkenaan sambl membuat pemerhatian untuk memastikan sama ada terdapat orang Islam hadir dalam majlis tersebut.

3.6 Dianggarkan lebih kurang 100 orang yang terdiri dari berbagai-bagai bangsa termasuk yang disyaki berbangsa Melayu berada dalam majlis tersebut sedang mengdengar seorang sedang berucap (testimony) tentang dirinya yang pernah dibesarkan sebagai orang Islam.

3.7 Setelah membuat pemerhatian semalam beberapa minit, kami seterusnya didatangi oleh wanita yang tertulis nama di tag bajunya "Sofea" dan bertanyakan hal kedatangan kami. Kami mengadakan perbincangan di luar dewan tersebut dan membiarkan program yang sedang berjalan itu diteruskan.

3.8 Anggota PDRM dan JAIS yang telah masuk dewan tersebut diminta keluar sambil diberi arahan untuk menghormati majlis tersebut kerana dihadhiri oleh beberapa orang kenamaan dari dalam dan luar. Selain itu, mereka menyatakan bahawa tempat tersebut adalah tempat persendirian dan mereka mempunyai hak ke atas kawasan tersebut.

3.9 Kami menjelaskan tujuan pemeriksaan dibuat untuk memastikan sama ada terdapat orang Islam yang hadhir, namun Sofea dan seorang "tetamunya" cuba berdolak dalik dan cuba berjuhah serta mempertikaikan kuasa Penguatkuasa JAIS untuk memeriksa tempat persendirian. Mereka juga berjhujah bahawa mereka berhak menggunakan kalimah suci Allah dalam program Thanksgiving Dinner itu kerana tidak dilarang oleh kerajaan dan undang-undang kawalan sekatan Agama Bukan Islan tidak berkuatkuasa ke atas mereka. Kami jelaskan undang-undang telah berkuatkuasa dan mereka telah melakukan kesalahan jika terdapat orang Islam dalam dewan berkenaan.

3.10 Kami seterusnya meminta buku pendaftaran peserta program tersebut untuk memeriksa kehadhiran orang islam di majlis tersebut. Pada awalnya mereka memaklumkan bahawa program tersebut tidak dihadhiri oleh orang beragama Islam.

3.11 Cubaan kami untuk mendapatkan maklumat pendaftaranb dari penganjur, tidak mendapatkan kerjasama dari pihak penganjur dan kami telah merampas beberapa dokumen iaitu tentatif program. Terdapat unsur-unsur yang meragukan dalam tentatif tersebut iaitu nyanyian kagu - Alhamdulillah & Allahuakbar. Salinan tentatif sepertimana dilampirkan.


3.12 Terdapat juga borang kuiz berkaitan agama Islam yang disyaki diedarkan kepada peserta yang hadir. Sesalinan lampiran kuiz tersebut dilampirkan. Sementara itu, anggota JAIS yang menjaga di pintu belakang premis tersebut mendapati beberapa orang yang disyaki orang Islam cuba dibawa keluar oleh penganjur melalui pintu belakang tersebut.


3.13 Setelah berbincang selama hampir sejam, mereka bersetuju untuk membenarkan pemeriksaan dibuat selepas majlis tersebut tamat dan pemeriksaan ke atas individu dibuat selepas peserta keluar daripada dewan tersebut.

3.14 Semasa masuk ke dalam dewan 3 tersebut bagi kali kedua, kami telah memeriksa tong sampah dan didapati terdapat cebisan kertas soalan yang telah dikoyakkan dan disi oleh peserta di dalam tong sampah tersebut dan kami telah mengambilnya untuk dijadikan bahan bukti (Lampiran sepertimana dalam plastik rampasan barang kes).

3.15 Pemeriksaan individu yang dibuat mendapati seramai 12 orang Islam menghadiri program tersebut. Mereka diberi notis arah hadir Majlis Agama Islam (MAIS) untuk memberi keterangan berhubung program pada malam tersebut iaitu (No. KP tidak didedahkan):
i) Nadeane Binti Che Mohd Salleh (Sofea) (79xxxx-01-6094)
ii) Muhammad Khairul Dhillon Bin Abdullah (69xxxx-08-6039)


iii) Ina Reima Fitriza Binti Mahadzir (85xxxx-71-5018)
iv) Ade Andrian Putra Bin Mahadzir (94xxxx-02-5609).
v) Nea Reima Mareana Binti Mahadzir (90xxxx-02-5778).
vi) Rasyidah Binti Razak (77xxxx-01-5908).
vii) Nur Umrah Binti Razak (95xxxx-01-6002).
viii)Mohd Haslan Bin Bob Hasnan (80xxxx-10-5045).
ix) Faridah Binti Abdul Rahman (71xxxx-12-5478)
x) Nur-Al Ashikin Binti Shaikh Dawood (72xxxx-10-5072)
xi) Faridah Binti Abdul Latep (72xxxx-71-5256)
xiii)Sahrunida Binti Asaad (81xxxx-08-6246)

3.16 Terdapat juga dikalangan ibu bapa yang beragama Islam yang hadir membawa anak-anak kecil.

Bersambung .... 4. ELEMEN YANG MENIMBULKAN SYAK

Saturday, July 2, 2011

mykopiee boy: (GAMBAR)Awal Ashaari Dan Scha Al Yahya Bercuti Di ...

mykopiee boy: (GAMBAR)Awal Ashaari Dan Scha Al Yahya Bercuti Di ...: "(GAMBAR)Awal Ashaari Dan Scha Al Yahya Bercuti Di Bali Share Seronok kami tengok betapa sweetnya Awal Ashaari dan Scha Al Yahya yang teng..."

(GAMBAR)Awal Ashaari Dan Scha Al Yahya Bercuti Di Bali


(GAMBAR)Awal Ashaari Dan Scha Al Yahya Bercuti Di Bali

gambar awal scha di bali
Seronok kami tengok betapa sweetnya Awal Ashaari dan Scha Al Yahya yang tengah mabuk cinta. Lagi-lagi bila pergi ke Bali, pulau romantis untuk mereka-mereka yang bergelar pakwe-makwe dan suami isteri. Mesti bertambah mendalam perasaan cinta mereka berdua.
Terasa jeles pulak dengan Awal yang mendapat awek secantik Scha. Tahniah bro. Jangan kisah orang cakap apa. Yang penting kita kena jaga awek kita jangan sampai orang lain kebas. Orang lain yang condem tue bukan tahu isi hati kita kan? Lagipun korang berdua memang nampak sepadan gitu.
Dan rasanya dengan gambar-gambar Awal dan Scha bercuti ke Bali nie, bolehlah kita confirmkan yang diorang berdua nie memang tengah bercinta. So lepas nie tak payah la malu-malu nak sorok lagi. Peminat sekarang pun dah bijak pandai semuanya. Tak jatuh pun populariti tue.
Lagi gambar Awal dan Scha bercuti di Bali dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar kepadaFacebook Awal Ashaari (dia dah delete album gambar nie).
gambar awal scha di bali
gambar awal scha di bali
gambar awal scha di bali
gambar awal scha di bali
gambar awal scha di bali

Total Pageviews