Wednesday, March 30, 2011

mykopiee boy: ALAHAI...MENTOR VERSI TV3

mykopiee boy: ALAHAI...MENTOR VERSI TV3: "ALAHAI...MENTOR VERSI TV3 Apa dah jadi dengan rancangan mentor, seorang perserta Ratnah yang melebihi had umur di benarkan bertanding. Adil..."

ALAHAI...MENTOR VERSI TV3

ALAHAI...MENTOR VERSI TV3

Apa dah jadi dengan rancangan mentor, seorang perserta Ratnah yang melebihi had umur di benarkan bertanding. Adilkah kepada peserta-peserta lain dan juga adilkah kepada mereka yang melebihi umur yang mempunyai bakat tapi tak dapat menhadiri uji bakat dek kerana melebihi had umur yang ditetapkan 18 hingga 26 tahun. Di mana integriti,ketelusan dan peraturan yang di tetapkan pihak TV3 dan penerbit mentor 5 saudara Suffian Isa. Di mana keadilan dan dan peraturan yang di tetapkan di ketepikan dek kerana Ratnah yang berusia 28 tahun.

Jika di lihat Ratnah boleh di batalkan penyertaan kerana menyembunyikan umur asal dan jika ada bantahan dari mentor atau peseta lain pinhak mentor 5 perlu lihat perkara ini dengan lebih serius. Jika peraturan yang di tetapkan tidak di ikut sebagai sebuah badan korporat dan profesional TV3 dan pihak mentor 5 telah memalukan dunia penyiaran dengan peraturan yang boleh dimain-mainkan.Afdlin lepas ni ,Afdlin carilah protege yang lain yang datang uji bakat tapi tak melanggar peraturan,dek kerana Ratnah ada peserta berbakat yang mengikut had umur tak terpilih.

Maka di sini saya sebagai pemerhati, berharap pihak TV3 dan juga pihak penerbit mentor 5 renung-renungkan lah keadilan,ketelusan ,profesionaluntuk semua pihak maupun di dalam atau peminat di luar.

mykopiee boy: 31march 2011



Tuesday, March 29, 2011

Parti Birthday Erma Fatima Disaji Tarian Lucah, Memalukan!


Parti Birthday Erma Fatima Disaji Tarian Lucah, Memalukan!

Dikemaskini oleh M pada March 30th, 2011
General 7 Respon
Classy sangat majlis hari jadi Erma Fatima dihidangkan dengan tarian lucah oleh penari Nyah yang berpakaian menjolok mata. Ada yang berbikini, tak kurang yang menyarung g-string serta melakukan aksi menonggeng punggung terhadap para jemputan.
Hairan juga apabila Erma mengatakan di Twitter berbunyi, “Salah ke sy menghargai keikhlasan & pemberiannya? Knp isu itu mahu d perbesarkan? Itu tdk adil & menghina mreka yg bkn menjual diri mereka!’
Apa maksud Erma? Adakah soal keikhlasan harus diukur dengan aksi tarian lucah? Logik akal, kalau tarian lucah dihidangkan, bukan susah pun nak melangkah kaki keluar daripada majlis. Pihak penganjur pun salah, aksi Nyah sedemikian tidak patut disajikan kepada tetamu, memalukan!
Apatah lagi majlis ini turut disertai oleh VVIP seperti Ketua Pengarah Istana Budaya, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad dan produser drama bercorak Islam di TV AlHijrah, Kala Terbit Cinta. Tidak wajar seorang kawan (penganjur) memanggil Nyah melakukan aksi lucah untuk menghiburkan para tetamu. Mujur, tetamu VVIP yang hadir hanya sempat duduk untuk 5 minit.
Kes sebegini, bukan sahaja imej Erma tercemar, malah imej para VVIP turut kena tempiasnya.
Dalam satu kenyataan, Erma ada menyebut bahawa dia tidak menganggap ‘kejutan’ itu adalah satu penghinaan terhadap imejnya. Tambah Erma lagi, kalau itu hadiahnya maka itulah yang diterima seikhlas hati.
Kenapa pula ‘kejutan’ itu bukan satu penghinaan? Tarian lucah, bukan hinaan? Pelik?
Kalau pihak penganjur ni jenis yang ada ‘akal’, mereka sebenarnya boleh buat kejutan yang lebih menarik seperti pertandingan karaoke, aksi stunt & lain-lain lagi. Kenapa tarian lucah juga yang menjadi pilihan?
Dalam situasi ini, kami bukan menghina golongan Nyah. Tapi kami nak tegaskan, dimana letaknya akal pihak penganjur ketika membuat perancangan majlis hari jadi ini?
Anda fikir, anda nilaikan.
Kredit gambar & berita: Utusan Malaysia

Wednesday, March 23, 2011

mykopiee boy: Erra Fazira Dimadukan, Suami Main Kayu Tiga, Motif...

mykopiee boy: Erra Fazira Dimadukan, Suami Main Kayu Tiga, Motif...: "Erra Fazira Dimadukan, Suami Main Kayu Tiga, Motif? Pagi ini, beberapa slot hiburan memaparkan berita mengenai gosip Erra Fazira dimadukan,..."

Erra Fazira Dimadukan, Suami Main Kayu Tiga, Motif?


Pagi ini, beberapa slot hiburan memaparkan berita mengenai gosip Erra Fazira dimadukan, dan kini tinggal berasingan dengan suaminya iaitu Engku Emran Engku Zainal Abidin. Seingat Ai, ini bukan pertama kali gosip seperti ini kedengaran, macam gosip basi pun boleh jadi juga.
Ai tak pernah pula dengar rakan-rakan wartawan bercerita pasal ni, tup tup pagi ini keluar segala macam kenyataan Erra Fazira mengenai gosip dimadukan. Nak kata Ai ketinggalan zaman, rasanya tidak. Apabila Ai siasat, rupa-rupanya ada orang yang bertanya sama ada Erra Fazira dimadukan atau tidak. Adoi, Ai yakin ‘orang itu’ terambil gosip zaman dahulu kala. Boring!
Rasanya, ramai yang tahu mengenai konflik Ziana Zain, Erra Fazira & Ning Baizura bersama sebuah majalah tempatan tempoh hari. Ceritanya, orang majalah merungut kerana Ziana Zain, Erra Fazira & Ning Baizura tidak memberikan kerjasama yang baik serta berlagak diva sepanjang berlangsungnya sesi photoshoot.
Apa yang Ai tahu, Ziana Zain enggan menyarung baju yang disediakan oleh pihak majalah kerana baju tersebut tak sesuai dengan imejnya sebagai ibu & juga artis yang dihormati. Bayangkan, sepanjang penglibatan Ziana Zain sebagai penghibur, amat jarang sekali Ai dengar gosip-gosip yang kurang enak terhadap Ziana. Tak mungkin Ziana Zain nak timbulkan kontroversi dengan berpakaian seksi seperti yang diminta oleh majalah tersebut.
Erra berkata, “Sebagai seorang kawan, saya juga terasa hati apabila ada pihak yang memburukkan Ziana Zain. Mereka sepatutnya research dahulu sebelum memilih pakaian untuk kami. Walaupun begitu, kami tidak berhasrat untuk mengambil sebarang tindakan kerana enggan memanjangkan isu ini lagi .”

Tuesday, March 22, 2011

mykopiee boy: Opsss!!! Gara-Gara Adegan XXX, Silikon Artis Tu Pe...

mykopiee boy: Opsss!!! Gara-Gara Adegan XXX, Silikon Artis Tu Pe...: "Opsss!!! Gara-Gara Adegan XXX, Silikon Artis Tu Pecah?KL, 2 MAC 2011: Sebenarnya Murai Batu jadi serba- salah bila nak tulis cerita t..."

Opsss!!! Gara-Gara Adegan XXX, Silikon Artis Tu Pecah?



Opsss!!! Gara-Gara Adegan XXX, Silikon Artis Tu Pecah?

Noh Hujan Tak Ngam Dengan Protegenya?
KL, 2 MAC 2011: Sebenarnya Murai Batu jadi serba- salah bila nak tulis cerita tentang si jelita pujaan ramai ini. Yalah seboleh-bolehnya Murai Batu tak mahu menyentuh hal peribadi yang bersifat keterlaluan.
Tapi khabarnya, gara-gara melakukan adegan XXX, si artis berkenaan dikatakan perlu mendapatkan rawatan kesihatan pada kadar segera kerana dikhuatiri ianya akan membahayakan dirinya kelak. Apa taknya, tidak ada ribut, tidak ada angin, silikon si artis itu dikatakan telah pecah secara tiba-tiba.
Kembang-kempis hidung rakan Murai Batu waktu ceritakan hal ni. Sebab, malu. Yang Murai Batu pulak, tak tahu nak cakap macam mana. Terkejut ada, susah nak percaya ada, rasa lawak pun ada.
Tapi, yang pastinya, Murai Batu sendiri pun tak faham kenapa si artis tu dikaitkan dengan benda-benda macam ni. Terkejut bin ajaib jugalah Murai Batu jadinya. Mana tidaknya, raut wajahnya cukup tenang dan manis dipandang. Dia juga sering diklasifikasikan sebagai aktres yang mempunyai figura menawan. Tak mungkin dia menggunakan bantuan silikon itu nampak cantik. Sungguh, tak mungkin. Barangkali, ada orang yang sakit hatinya dengan dia kot!
Apapun, perkara macam ni, bukanlah sesuatu yang baru di kalangan selebriti peringkat antarabangsa. Golongan elit dan bintang tersohor Hollywood misalnya sangat popular sebagai pengamal silikon. Kalau tidak di dada, mungkin di pinggul dan bermacam-macam lagi. Mungkin semua yang dilakukan adalah demi kecantikan. Atau bagi memastikan keadaan figura berada dalam keadaan sempurna. Mungkin juga untuk menarik perhatian si teruna mahpun teman lelaki.
Apa juga alasan mereka, Murai Batu kurang pasti.
Murai Batu: Dah lihat banyak kedutan di sana sini, tapi masih takut untuk menggunakan suntikan.

mykopiee boy: Review …Dalam Botol : Sebuah Filem Yang Berani, Be...

mykopiee boy: Review …Dalam Botol : Sebuah Filem Yang Berani, Be...: "Review …Dalam Botol : Sebuah Filem Yang Berani, Berisiko Tinggi.n …Dalam Botol bermula dengan Anu dan berakhir dengan …. Kalau silap percat..."

Review …Dalam Botol : Sebuah Filem Yang Berani, Berisiko Tinggi.


…Dalam Botol bermula dengan Anu dan berakhir dengan …. Kalau silap percaturan, penonton yang menyaksikan filem ini akan keluar pawagam dengan seribu persoalan atau pun terdiam tanpa persoalan. Sebelum itu, baca penulisan aku di laman Gua berjudul Filem …Dalam Botol Tebal Jiwa & Besar Pemikirannya dalam versi lebih formal.
Aku yang telah menonton filem ini merasakan ada sesuatu dalam filem ini. Lebih membanggakan aku bila filem ini dihasilkan oleh pengarah yang pertama kali duduk di kerusi sutradara, Khir Rahman. Aku dapat rasa, jika Khir diberikan peluang lagi, dia akan hasilkan filem yang lebih hebat lagi dengan bajet yang mencukupi. Aku dapat rasakan aura Yasmin Ahmad dan U-Wei Hj Shaari dalam filemnya.
Kalau ada rezeki, Khir Rahman akan menang Pengarah Harapan di FFM yang akan datang. Tapi kita tahu yang FFM sememangnya tidak boleh diharap sama macam tahun-tahun yang dulu dan filem ini akan lebih panjang langkahnya. Mungkin.
Kenapa aku kata filem ini berbeza? Filem ini berani. Naskhahnya berani. Pengarahnya berani. Risiko yang diambil juga cukup besar. Pedulikan apa orang lain kata, aku akan tetap buat cara dan gaya aku sebagai pengarah.
Hasilnya, filem ini ada “angst”nya yang tersendiri. Cuba korang google makna “angst” itu atau pun search di wikipedia. Kekeliruan, kesuraman, kegelapan dunia gay yang digambarkan cukup berkesan. Well, filem ini bukan filem anti-queer! Jauh sekali filem queer! Filem ini bermain dengan emosi yang tidak hanya bersandarkan pada dialog, tetapi juga harus diteliti visualnya dan diamati muziknya.
Filem ini cukup ramuannya, baik lakonan, lakonlayar, sinematografi, suntingan, muzik dan keseluruhannya. Korang yang akan menonton filem ini saksikan bagaimana Khir mengolah skrip kosong menjadi sebuah visual yang cukup indah. Indah di sini bermaksud skrip dan visual yang digabung cukup serasi dan kena dengan situasinya. Muzik dimasukkan bila perlu dan menerusi lirik lagu juga, Khir bercerita.
Bila ada orang tanya pada aku “best ke …Dalam Botol?” Aku susah nak jawab. Pertamanya kerana aku perlu tahu yang bertanya itu jenis penonton yang bagaimana. Keduanya aku kena tahu apa matlamat dia menonton sesebuah filem.
Setelah aku selidik, baru aku akan jawab. Filem ini memang bagus. Jiwa Melayunya cukup tebal. Filem ini melihat konflik dunia gay yang berlaku dalam kelompok masyarakat Melayu yang masih berpegang pada nilai-nilai kehidupan, baik budaya mahu pun agama yang cukup kuat. Sekaligus menjadikan pemikirannya terhadap masyarakat Melayu itu sendiri cukup besar pengaruhnya.
Tidak hairan sekiranya makin panjang langkah filem ini suatu hari kelak.
Aku wajar memuji lakonan mantap Ogy Ahmad Daud, Jalil Hamid dan Norman Damanhuri dalam filem ini. Tiga pelakon hebat ini bermain dengan emosi mereka mewakili kelompok ibu bapa yang berhadapan dengan pelbagai masalah yang mendepani mereka.
Tetapi di mana kelompok masyarakat Melayu yang lainnya ketika mereka berdepan dengan masalah? Ia akan dihuraikan dalam filem ini. Teliti visual dalam adegan tahlil dan kenduri kahwin. Di situ letaknya Melayu. Korang kena cari…
Korang harus menonton filem ini kerana aku mahu mendengar apa yang korang dapat setelah menonton filem ini.

mykopiee boy: Lelaki dedah ‘video seks Anwar’

mykopiee boy: Lelaki dedah ‘video seks Anwar’: "Lelaki dedah ‘video seks Anwar’2011/03/22PETUGAS media menunggu di luar Carcosa Seri Negara tempat penayangan video didakwa memaparkan aksi..."

Lelaki dedah ‘video seks Anwar’


Lelaki dedah ‘video seks Anwar’


2011/03/22

PETUGAS media menunggu di luar Carcosa Seri Negara tempat penayangan video  didakwa memaparkan  aksi seks  pemimpin pembangkang dengan pelacur asing.
PETUGAS media menunggu di luar Carcosa Seri Negara tempat penayangan video didakwa memaparkan aksi seks pemimpin pembangkang dengan pelacur asing.
Datuk T tayang rakaman 19 minit; Pemimpin pembangkang nafi

KUALA LUMPUR: Satu rakaman video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan seorang wanita dipercayai warga asing ditayangkan kepada media di sini, semalam.

Pendedahan rakaman aksi seks 19 minit itu menjadi heboh dan menimbulkan tanda tanya banyak pihak selepas laporan mengenainya disiarkan beberapa laman web.
Anwar pada sidang media khas beberapa jam kemudian menafikan beliau ialah individu dalam adegan seks itu dan menyifatkan ia fitnah untuk memusnahkan karier politiknya.Terdahulu, seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai ‘Datuk T’ berusia lingkungan 40-an mendakwa adegan itu dirakam menggunakan empat kamera litar tertutup di sebuah bilik hotel di ibu negara pada 21 Februari lalu antara jam 10.23 malam hingga 10.42 malam.

Datuk T juga menunjukkan jam tangan jenama Omega yang disimpan dalam sarung plastik didakwanya milik Anwar dan diambil daripada wanita terbabit dalam adegan seks itu.

Rakaman itu ditayangkan kepada wartawan dan pengarang media menggunakan komputer meja di sebuah bilik di Carcosa Seri Negara di sini, secara berperingkat bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah hari.

Mereka juga terpaksa melalui pelbagai peringkat pemeriksaan ketat termasuk alat pengesan logam selain diberi jubah untuk dipakai sebelum dibenarkan memasuki bilik itu.
Malah, mereka terpaksa menyerahkan semua barangan seperti pen, buku nota, telefon bimbit dan kamera.

Di akhir tayangan itu, Datuk T turut mengedarkan kenyataan akhbar bertajuk Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang antara lain menjelaskan bagaimana pita rakaman itu diperoleh.

Menurut kenyataan itu, selepas Anwar meninggalkan hotel itu beliau sedar tertinggal jam tangan Omega di bilik berkenaan.

Penulis dalam kenyataan media yang menggunakan nama pena ‘The Insider’ kemudian diminta mencari jam tangan itu dalam bilik hotel berkenaan, sebelum menemui banyak wayar yang disambung kepada empat CCTV yang tersembunyi di bilik berkenaan.

“Saya kemudian memutuskan wayar dan membawa keluar rakaman itu sebelum mendapati ia (rakaman) mengandungi aksi seksual pemimpin pembangkang. Saya mahu media melihat terlebih dulu rakaman ini sebelum menghantar salinannya kepada pemimpin pembangkang terbabit dan isterinya untuk mengenal pasti individu dalam video itu.

“Jika benar individu dalam rakaman itu ialah pemimpin pembangkang terbabit, dia dan isterinya perlu berundur daripada politik, jika tidak berbuat demikian dalam tempoh tujuh hari selepas menerima rakaman ini, saya akan memanggil beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menubuhkan panel bebas bagi menyiasat dan mencari khidmat forensik bagi mengkaji kesahihan rakaman itu.

“Seluruh dunia akan tahu, terpulang kepada pemimpin pembangkang itu dan isterinya untuk membuat keputusan. 

“Mengapa saya buat ini? Ada had untuk menipu, ‘cukup, cukuplah’ dan sudah tiba masanya untuk orang ramai mengetahui kebenaran,” katanya.

Anwar pada sidang medianya juga mendakwa video itu adalah konspirasi jahat menggunakan teknologi canggih oleh pihak tertentu bagi memfitnah dia dan keluarga bagi menghancurkan karier politiknya.

“Ia berniat jahat untuk membantut karier politik saya dan pakatan. Skandal ini bermotifkan politik dan saya minta rakan pakatan jangan terpengaruh dan tumpukan perhatian untuk bertempur di Sarawak.

“Gambar itu dikatakan mirip saya, namun perut orang itu lebih buncit berbanding perut saya,” katanya sambil bangun menunjukkan perutnya kepada wartawan yang hadir pada sidang media itu.

Hadir sama pada sidang media itu, isterinya yang juga Presiden PKR, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Anwar juga mendakwa, pada masa dan tarikh rakaman itu dia berada di kediamannya bersama isteri, anak dan cucunya.

Ditanya sama ada akan membuat laporan polis, Anwar berkata, dia belum melihat video itu dan hanya akan berbuat demikian apabila melihatnya.

Ditanya mengenai jam tangan Omega berkenaan, Anwar mendakwa jam tangannya tidak hilang dan disimpan isterinya.

Sementara itu, Wan Azizah ketika mengulas klip video itu menyifatkannya sebagai fitnah.

“Sebelum ini kata Anwar dengan lelaki, tetapi kenapa video dengan perempuan,” tanyanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hussin Ismail, berkata pihaknya belum menerima sebarang laporan berhubung video berkenaan.
Bagaimanapun, siasatan dilakukan dengan memanggil mereka yang terbabit menayangkan video berkenaan.

“Mereka yang memaparkan video berkenaan juga boleh dikenakan tindakan kerana dianggap menyiarkan bahan lucah untuk tontonan umum,” katanya.
bharian...

Sunday, March 20, 2011

mykopiee boy: Strike hits Gaddafi compound in Tripoli

mykopiee boy: Strike hits Gaddafi compound in Tripoli: "Libyan regime takes journalists to see first reported bombing on Bab al-Azizia, a major residence and command center.Last Modified:&nbs..."

Strike hits Gaddafi compound in Tripoli



Libyan regime takes journalists to see first reported bombing on Bab al-Azizia, a major residence and command center.
Last Modified: 21 Mar 2011 04:20




A missile fired by coalition forces appeared to have demolished a three-storey building in a key residence and command center in the Libyan capital used by embattled leader Muammar Gaddafi.
The Sunday-night strike was the first reported attack on the Bab al-Azizia, a sprawling compound in Tripoli that Gaddafi has used several times as a setting for televised addresses, and which was bombed by the United States in 1986.
The regime invited journalists to visit the site of the attack early on Monday morning. Spokesman Mussa Ibrahim called it a "barbaric bombing" but said no one had been hurt. He declined to say whether Gaddafi himself was inside the compound.
Al Jazeera's Anita McNaught, reporting from Tripoli, was not invited to the scene but reported earlier that there had been an explosion in the area of the Bab al-Azizia and that smoke was rising from the area.
Coalition forces from France, the United Kingdom, United States and other nations began striking the regime's military assets on Saturday as part of an effort to enforce a UN Security Council resolution aimed at protection Libyan civilians.
Coalition officials told journalists on Monday that the building hit in the attack was a military command and control center for Gaddafi.
Tripoli hit for second day
Other loud explosions anti-aircraft fire rocked Tripoli Sunday night, as Britain's ministry of defence said one of its submarines had again fired guided Tomahawk missiles on Libyan air defence systems.
"The principle firing happened around nine o'clock in the evening local time and that's when we believe there was a strike in the region of Gaddafi's compound," McNaught said.
"We saw a large plume of smoke coming from an explosion somewhere in that general direction. It is likely there were plenty of useful military targets there if you were a major international force looking to persuade Gaddafi to make peaceful noises."
The blasts came two days after the United Nations Security Council authorised international military action to enforce a no-fly zone over Libya, as well as "all necessary measures" to prevent attacks by Gaddafi forces on civilians.
The uprising against Gaddafi broke out on February 15, more than a month ago, and hundreds of civilians have died in the regime's brutal crackdown.
'Gaddafi not a target'
The US military said the coalition campaign, called Operation Odyssey Dawn in the United States, had succeeded in "severaly degrading" Gaddafi's air defences.
US Navy Vice Admiral William E Gortney stressed in a press briefing on Sunday that the Libyan leader is not a target for the international military assault on the country, but UK Daily Mailnewspaper quoted defence secretary Liam Fox as saying that he would sanction a "bunker buster" attack on Gaddafi's residence if civilian casualties could be avoided.
Gortney, the US spokesman for the coalition, added that any of Gaddafi's ground troops advancing on pro-democracy forces are open targets for US and allied attacks.
"If they are moving on opposition forces ... yes, we will take them under attack," he told reporters.
"There has been no new air activity by the regime and we have detected no radar emissions from any of the air defence sites targeted and there's been a significant decrease in in the use of all Libyan air surveillance radars."
Gortney said the coalition acting against Gaddafi, which originally grouped the US, Britain, France, Italy and Canada, had broadened to include Belgium and Qatar.
Army announces ceasefire
His comments came shortly after the Libyan military announced its second ceasefire since the UN resolution authorising the no-fly zone was passed.
But the White House has said it will not recognise a ceasefire declaration.
"Our view at this point...is that it isn't true, or has been immediately violated," White House National Security
Adviser Tom Donilon told reporters on Sunday.
Despite the strikes, the Libyan leader has vowed to fight on and in a televised address, a defiant Gaddafi promised a "long war" that his forces would win.
"We will fight for every square in our land," Gaddafi said. "We will die as martyrs."
He said the air attacks by foreign forces amounted to a "cold war" on Islam and threatened retribution against Libyans who sided with the foreign intervention.
"We will fight and we will target any traitor who is co-operating with the Americans or with the Christian Crusade," he said.
Conflicting casualty claims
The comments came as Tripoli's official media said the air strikes were targeting civilian objectives and that there were "civilians casualties as a result of this aggression".

Residents of Benghazi celebrated after French jets prevented Gaddafi's forces from reaching them
However, Admiral Mike Mullen, the chairman of the US joint chiefs of staff, denied that any civilians had been killed in the bombardment, which saw some 110 cruise missiles being shot from American naval vessels in the Mediterranean sea.
Gaddafi "was attacking Benghazi and we are there to stop that ... we are ending his ability to attack us from the ground, so he will not continue to execute his own people," Mullen said.
"It was a significant point when the Arab League voted against this guy. This is a colleague [of theirs], and we've had a significant number of coalition countries who've come together to provide capability."
But Arab League chief Amr Moussa on Sunday condemned what he called the "bombardment of civilians" and called for an emergency meeting of the group of 22 states to discuss Libya.
He requested a report into the bombardment, which he said had "led to the deaths and injuries of many Libyan civilians".
"What is happening in Libya differs from the aim of imposing a no-fly zone, and what we want is the protection of civilians and not the bombardment of more civilians," Egypt's state news agency quoted Moussa as saying.
The Arab League had urged the UN to impose a no-fly zone on Libya and Arab support provided crucial underpinning for the passage of the UN Security Council resolution last week that enabled Western powers to take military action.
Edward Djerejian, a former US assistant secretary of state and former US ambassador to Syria, said it had been made very clear that a no-fly zone could not be established without taking military action against airfields and anti-aircraft installations.
"A no-fly zone is not just a computer model game," he told Al Jazeera.
"It means military action and that was clear to all parties, including the Arab League."
Source:
Al Jazeera and agencies

Total Pageviews